Selepas Moto Z, Lenovo Mungkin Lancarkan Moto M

Share Button

Nampaknya Lenovo semakin aktif membangunkan telefon. Selepas Moto Z dan Moto Z Play dilancarkan secara rasmi di Malaysia beberapa hari yang lalu, satu ribut perkhabaran mula bertiup daripada tanah besar China. Menurut maklumat yang dikongsi, Lenovo mungkin melancarkan satu lagi famili Moto yang dipanggil Moto M.

161104-moto-m-belakang

Penyambung Moto Mods tiada pada Moto M

Moto M mungkin akan dikuasakan cip pemproses MediaTek Helio P15 yang baru dilancarkan bulan lepas. MediaTek menjanjikan peningkatan prestasi 10% berbanding P10. Walau bagaimanapun, ia masih menggunakan pengacu 28nm, maka anda boleh menjangkakan peningkatan kecekapan tenaga yang tidak begitu signifikan.

Lain-lain komponen yang mungkin hadir pada telefon yang memiliki paparan 5.5″ HD penuh ini adalah seperti RAM 4GB, Storan 32GB dan bateri sebesar 3050mAh. Bahagian optikal pula dikhabarkan sensor 13MP sebagai mata utama dan 8MP sebagai mata selfienya. Pengimbas cap jari pula terletak pada sebelah belakang.

161104-moto-m-bawah

Menggunakan port USB type-C

161104-moto-m-sisi

Bahagian sisi Moto M

Daripada gambar belakang telefon, tidak pula kelihatan port penyambungan MotoMod. Perkara yang belum diketahui adalah sama ada ia mempunyai port audio seperi Moto Z Play atau tidak.

[sumber, 2, 3]

Apa komen anda?