Pertingkat Prestasi Laman Web Dengan Test My Site

Share Button

Bagaimana untuk periksa prestasi laman web, terutama untuk golongan peniaga dalam talian? Google ingin memudahkannya menggunakan ‘Test My Site‘. Ia membantu sesiapa saja tanpa perlu kepakaran teknikal, untuk mengukur prestasi laman web di pelbagai peranti.

Google Test My Site, menyediakan langkah mudah untuk pengguna tanpa perlukan pengetahuan teknikal tentang lamanweb. Hanya pergi ke laman web Test My Site, masukkan alamat laman web yang diingini, dan laporan akan disediakan secara terus, atau dihantar ke emel. Semua ini adalah percuma.

Terdapat tiga jenis laporan yang disediakan Test My Site. Pertama adalah mesra mudah alih, bagaimana rupa laman web dalam peranti mudah alih seperti telefon pintar. Kedua adalah kelajuan paparan mudal alih, dan ketiga kelajuan paparan di komputer.

google-test-my-site-laporan-prestasi-pertama

Dari laporan yang disediakan, pengguna boleh mengambil langkah lanjut untuk memperbaiki laman web agar lebih mudah dan mesra digunakan.

Disamping pengenalan Test My Site, Google Malaysia turut berkongsi beberapa maklumat dari kaji selidik Barometer Pengguna di Malaysia. Antara maklumat menarik adalah:

  1. 81% pengguna Malaysia memiliki telefon pintar dengan 71% menggunakan telefon pintar untuk ke internet berbanding komputer/laptop.
  2. Malaysia adalah pengguna pelbagai skrin tertinggi di dunia, dengan 92% menggunakan telefon pintar semasa menonton TV.
  3. 54% pengguna di Malaysia menggunakan telefon pintar sebagai peralatan utama mencari produk dalam talian.
  4. 51% pengguna di Malaysia membuat carian dalam talian, tetapi membeli di luar talian.
  5. Hanya 30% pengguna di Malaysia membuat belian dalam talian.

Data sebegini boleh membantu peniaga untuk mengenali pola pengguna dalam talian, dan merancang pelan yang bersesuaian dengan pembeli sasaran. Layari laman Test My Site untuk mula menguji prestasi laman web anda, serta lawati laman Barometer Pengguna untuk pelbagai maklumat berguna berkaitan pengguna.

Apa komen anda?