Moto M Sah Dilancarkan Di China

Share Button

Selepas beberapa hari khabar angin tentang Moto M bertiup kencang, Lenovo secara rasmi memperkenalkan Moto M melalui laman China pengeluar tersebut. Telefon tersebut dijual pada harga 1,999 yuan (RM 1,252). Moto M adalah peranti pertama Moto yang menggunakan pemproses MediaTek, berkemungkinan ditujukan untuk golongan yang berbajet terhad.

161110-moto-m-pose

Diteliti helaian spesifikasinya, ia adalah telefon kelas pertengahan seperti Moto G, antara Moto E dan Moto Z dengan beberapa ciri yang menarik. Untuk telefon bernilai di bawah RM 1,500, ia memiliki RAM sebesar 4GB dengan ruang storan sebesar 32GB yang boleh diperluas sehingga 128GB mengunakan slot SIM-hibrid. Cip MediaTek P15 digunakan untuk menggerakkan telefon ini dengan kelajuan sehingga 2.2GHz.

161110-moto-m-pose-2

Komponen kamera belakang disertai oleh sensor 16 megapiksel dengan kaca berapertur F2.0 dengan autofokus jenis PDAF. Kamera depan pula mengambil gambar 8 megapiksel dan hadir dengan fungsi beautify. Panel papaan IPS sebesar 5.5 inci memaparkan gambar pada resolusi HD penuh dan digandingkan dengan speaker berteknologi Dolby Atmos.

Walaupun tidak kalis air, Moto M mempunyai satu lapisan perlindungan nano untuk melindunginya daripada percikan air. Selain itu, bateri 3,050 mAhnya memiliki ciri pengecasan pantas melalui port USB-C. Ia hadir dalam warna emas dan perak. Maklumat tentang penjualan Moto M di Malaysia tidak pula didedahkan.

161110-moto-m-spesifikasi

[sumber, melalui]

Apa komen anda?