Mi Malaysia buka stor rasmi di Lazada

Share Button

Terlepas mendapatkan tawaran hebat Xiaomi pada jualan Singles Day, 11.11 yang lepas? Usah risau, Mi Malaysia kembali lagi tetapi kali ini mengumumkan pembukaan stor Mi Malaysia secara rasmi di laman e-dagang Lazada.

Stor Mi Malaysia di Lazada akan menjadi saluran rasmi penjualan produk Xiaomi di Malaysia. Jualan pertama di stor ini akan dimulakan pada hari Jumaat ini, 18 November 2016 pada jam 12 tengah hari.

Mi Malaysia akan mengekalkan dua tawaran telefon pintar pada 11.11 yang lepas, iaitu Redmi Note 3 (2GB/16GB) pada harga RM499, serta Mi Max berharga RM999 yang datang bersama Mi Powerbank 10,000mAh percuma. Satu tawaran baru ditambah, iaitu pembelian Redmi 3S (2GB/16GB) berharga RM599 yang diberikan Mi Band Pulse percuma.

produk-baru-xiaomi-di-malaysia-di-stor-lazada

Tetapi ia tidak terhad di sini sahaja. Mi Malaysia turut akan menjual dua lagi produk baru Xiaomi pada jualan pertama ini. Selain Mi Powerbank Pro 10,000mAh yang pertama kali dijual minggu lepas, fon kepala Mi Capsule dan Mi Band 2 akan dijual buat pertama kalinya di Malaysia pada Jumaat ini.

Senarai penuh produk Xiaomi yang akan boleh dibeli di stor rasmi Mi Malaysia di Lazada bermula Jumaat ini adalah:

  • Mi Band 2 (Hitam) – RM129
  • Mi Capsule Headphone (Hitam/Putih) – RM69
  • Mi Powerbank Pro 10,000mAh – RM149
  • MI USB Fan (Putih/Biru) – RM15
  • Mi LED Light (Putih/Biru) – RM19
  • Mi Band Pulse (Hitam) – RM79 
  • Mi Power Bank 10,000mAh (Emas/Merah) – RM79
  • Mi Power Bank 10,000mAh (Perak) – RM69
  • Mi In-ear Headphones Pro (Emas) – RM89
  • Mi 4i (2GB/16GB, Kelabu) – RM599
  • Redmi 3S (2GB/16GB, Emas) – RM599, percuma Mi Band Pulse
  • Redmi 3S (3GB/32GB, Emas/Kelabu) – RM699
  • Redmi Note 3 (2GB/16GB, Emas/Perak) – RM699, tawaran khas RM499
  • Mi Max (3GB/32GB, Emas) – RM999, percuma Mi Powerbank 10,000mAh
[SUMBER: Facebook Mi Malaysia]

Apa komen anda?