Maxis Beri Khidmat Perayauan Percuma Jika Anda Tempah Hotel Melalui Expedia

Share Button

Kekal berhubung dengan Internet semasa melancong di luar negara kadang-kala agak mahal. Oleh sebab itu, Maxis menjalinkan kerjasama dengan Expedia Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan perayauan percuma kepada pelanggan mereka yang membuat tempahan hotel di mana-mana 117 negara yang diliputi perkhidmatan Maxis.

161128-maxis-expedia-roaming-prosedur

Pelanggan boleh bakal menerima 1 hari pas perayauan percuma MaxisONE World sekiranya membuat tempahan hotel di negara ASEAN kecuali Vietnam. MaxisOne World Pass memblehkan anda menerima atau membuat panggilan tanpa had ke mana-mana sahaja lokasi di dunia. Selain itu, anda diberikan 500MB data berkelajuan pantas dan Internet asas tanpa had. Membuat tempahan di hotel selain Asean dan Vietnam melayakkan anda menerima pas DataRoam. Ia mengandungi 500MB kuota data pantas dan Internet asas tanpa had.

Untuk melayakkan anda menebus promosi ini, anda hanya perlu membuat tempahan menggunakan pautan ini. Semasa proses menempah, anda perlu memasukkan nombor telefon Maxis anda. Pada hari anda melancong, anda hanya perlu mengaktifkan perkhidmatan perayauan Maxis sepanjang tempoh anda berada di luar negara dan pas perayauan percuma anda akan diaktifkan secara automatik.

Perlu diingati bahawa pas percuma hanya diberikan untuk sehari. Untuk hari berikutnya, anda masih perlu melanggan pakej perayauan anda sendiri. Sila layari laman tawaran ini untuk maklumat lanjut.

Apa komen anda?