Lenovo Thinkpad P40 stesen kerja mudah alih pelbagai guna pertama seumpamanya

Share Button

Kuasa yang diperlukan untuk membuat tugasan kreatif profesional berbeza dengan pengguna biasa di rumah. Kerana itu pengguna seperti arkitek, jurutera atau pereka produk memerlukan stesen kerja seperti produk terbaru Lenovo ini, laptop ThinkPad P40 Yoga dan desktop ThinkStation P410.

Kedua-dua stsen kerja ini diiktiraf untuk menjalankan perisian rekaan CAD dan CAE profesional Autodesk seperti Autodesk Fusion 360 dan Autodesk Inventor.

ThinkPad P40 Yoga

pelancaran-lenovo-thinkpad-p40-yoga-atas-meja

Stesen kerja mudah alih ini merupakan yang pertama seumpamanya. Ini kerana ThinkPad P40 Yoga merupakan sebuah laptop pelbagai guna, dengan skrin boleh putar 360-darjah. Ia boleh dijadikan laptop, tablet serta dalam mod berdiri dan khemah.

Apa yang membuatkan ia lebih berguna untuk pereka profesional adalah, teknologi Wacom Active ES dengan sensitiviti sentuhan sehingga 2,048 tahap, menjadikan lakaran boleh dibuat dengan tepat dan jitu untuk tugasan penting. Ia boleh dilakukan di atas skrin sentuh IPS dengan resolusi setinggi 2560×1440.

pelancaran-lenovo-thinkpad-p40-yoga-dengan-stylus-atas-meja

Laptop ini juga menepati standard tentera, Mil-SPEC. Ini menjadikannya sebuah laptop yang tahan lasak untuk pelbagai kegunaan di mana jua. Sesuai dengan namanya sebagai stesen kerja mudah alih.

Kekuatan luaran dan rupa Thinkpad P40 Yoga diperteguh lagi dengan kuasa dalamannya yang sama hebat seperti pemproses Intel Core i7 generasi ke-6, RAM sehingga 16GB dan storan SSD sehingga 512GB. Grafiknya pula dikuasakan cip NVIDIA Quadro M500M yang sememangnya direka khas untuk stesen kerja.

lenovo-thinkstation-p40-yoga-papankekunci-lift-n-lockLift ‘n Lock – mod tablet (kiri) dan mod laptop (kanan)

Satu perkara menarik pada Thinkpad P40 Yoga adalah teknologi papankekunci Lift ‘n Lock. Ia menjadikan butang papan kekunci rata apabila diputarkan ke mod tablet. Ia akan memberikan rasa penggunaan yang lebih selesa dan efisyen.

Stesen kerja mudah alih yang serba boleh dan tahan lasak ini telah dijual di Malaysia dengan harga bermula dari RM5,999. Lebih banyak info berkaitan boleh didapati di laman web Lenovo Thinkpad P410 Yoga.

ThinkStation P410

lenovo-thinkstation-p410-atas-meja

Bagi yang tidak perlu bekerja secara bergerak, stesen kerja desktop lebih sesuai. Sering kali ia dikaitkan dengan harga yang tinggi, tetapi Lenovo menawarkan harga yang berbaloi dimiliki dengan model terbaru ThinkStation P410.

ThinkStation P410 menggunakan pemproses Intel Xeon E5 v4 8-teras dengan teknologi Turbo Max 3.0. RAM pula boleh dimuatkan sehingga 128GB menerusi 4 slot yang menyokong DDR4. Tenaga grafik pula diuruskan cip NVIDIA Quadro M5000.

lenovo-thinkstation-p410-bersama-monitor-lenovo-thinkvision-x1 Stesen kerja ThinkStation P410 bersama monitor ThinkVision X1

Pelbagai jenis storan HDD, SSD serta PCIe SSD boleh dimuatkan ke dalamnya. Dengan sokongan modul Flex, perubahan perkakas dalaman seperti storan, boleh dicabut pasang dengan mudah dan pantas.

Lenovo telah mula menjual stesen kerja ThinkStation P410 di Malaysia dengan harga bermula dari RM4,999. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman produk Lenovo ThinkStation P410.

Apa komen anda?