Lazada Online Revolution sasar acara jualan online terbesar Asia Tenggara

Share Button

Bersedia rakyat Malaysia dan negara berjiran serantau. Lazada baru melancarkan acara jualan dalam talian yang dikatakan paling besar di Asia Tenggara, Lazada Online Revolution. Ia akan berjalan dari 11 November sehingga 14 Disember 2016.

Lazada Online Revolution akan mengumpulkan lebih 1,000 jenama bersama 55,000 peniaga dari dalam dan luar negara. Kali ini merupakan tahun ke-5 Lazada mengadakan acara ini.

Lazada membawakan tema “Brands For All” tahun ini yang bermaksud, jenama untuk semua. Ini kerana Lazada telah berjaya mengumpulkan pelbagai jenama di bawah satu bumbung Lazada, yang boleh dicapai oleh pembeli di semua ceruk Malaysia.

Antara jenama yang menyertai adalah Drypers, L’oreal, Maybelline, Garnier, Nestle, Samsung, Microsoft, ZTE, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct dan banyak lagi.

lazada-online-revolution-2016-jenama-menyertai

Hans-Peter Rassel, CEO Lazada Malaysia berkata, ” 81% pembeli kami berada di luar KL, di mana pilihan dan jenama agak terhad di tempat mereka. Lazada Online Revolution mahu merapatkan jurang antara pembeli dan peniaga ini, memberi peluang kepada semua”.

Pelbagai promosi dan ganjaran bakal menanti pembeli sepanjang promosi ini. Tawaran harga terendah, pelancaran produk baru eksklusif, serta peluang memenangi hadiah seperti tiket penerbangan AirAsia disediakan khas untuk meraikan pembeli di Lazada Online Revolution.

lazada-online-revolution-2016-promosi

Rakan niaga Lazada turut akan memberikan tawaran khas. Nantikan pengumuman dari DiGi, Maxis, Domino’s Malaysia, Caltex, HSBC, CIMB, Maybank & TGV Cinemas yang pasti menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian, lebih bernilai.

Layari laman web www.lazada.com.my bermula 11 November untuk merasai sendiri tawaran hebat Lazada Online Revolution 2016.

lazada-online-revolution-2016-dilancarkan

Trackbacks

  1. […] jualan Singles Day pada 11.11 kelak, tetapi kali ini bergandingan dengan Lazada Malaysia dalam Lazada Online Revolution. Mi Malaysia akan memperkenalkan satu produk baru bersama dua tawaran hebat untuk promosi Singles […]

Apa komen anda?