Ketua Teknologi Walt Disney sertai kumpulan iflix

Share Button

Penyedia servis TV internet yang kian berkembang pesat, iflix mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Teknologi kumpulan iflix yang baru, Emmanuel Frenehard. Beliau merupakan ketua teknologi Walt Disney untuk cawangan di luar Amerika Syarikat, dan akan menyertai iflix bermula Januari 2017.

Frenehard turut bertugas sebagai Naib Presiden Kanan selain Ketua Pegawai Teknologi, Walt Disney International yang beroperasi di Asia Pasifik, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin. Beliau akan membawa bersama 20 tahun pengalamannya dalam bidang teknologi global ke dalam iflix.

ketua-teknologi-walt-disney-emmanuel-frenehardsertai-kumpulan-iflixEmmanuel Frenehard

Frenehard turut bertanggungjawab melancarkan DisneyLife di United Kingdom, sebuah servis langganan digital pelbagai kandungan terus ke pengguna. Beliau kagum dengan iflix yang berjaya meluaskan servis dalam masa setahun, membuktikan aspirasi dan kekuatan iflix.

iflix kini beroperasi di Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Sri Lanka dan Brunei, dan merancang untuk terus meluaskan liputannya di masa terdekat. iflix menyediakan pelbagai kandungan bertaraf dunia dari Hollywood, rantau Asia serta rancangan siri tempatan.

iflix memberikan langganan percubaan percuma dengan akses penuh selama 30 hari, serta langganan berbayar dari serendah RM8 sahaja sebulan. Untuk mula mendaftar, layari laman web www.iflix.com.

Apa komen anda?