Gagal cari pasangan, dapat Wi-Fi pun jadilah

Share Button

Platform media sosial terbesar, Facebook tahu apa yang anda benar-benar inginkan dalam hidup ini: signal Wi-Fi. Betul kan?

Facebook nampaknya yakin ramai yang boleh hidup tanpa teman lelaki atau wanita, tapi kalau tak ada Wi-Fi, hidup kurang bermakna. Jadi platform ini sedang mencuba perkhidmatan baru yang diberi nama ‘Find Wi-Fi’ untuk menceriakan hidup penggunanya. Bermakna, Facebook boleh memberitahu pengguna, di mana terdapat Wifi hotspot berhampiran.

Khabarnya, Facebook memberitahu TNW yang ‘Find Wi-Fi’ masih dalam tempoh percubaan, dan perkhidmatan ini bergantung kepada input daripada perniagaan yang tersenarai dalam Facebook Pages. Jadi, tak hairanlah kalau ada kekurangan pada perkhidmatan ini, ditambah lagi jika alamat premis perniagaan, berbeza dengan lokasi router Wi-Fi yang mereka sediakan.

Menurut Fortune.com lagi, ‘Find Wi-Fi’ disediakan untuk menggalakkan lebih ramai pengguna Facebook mencuba fungsi video Facebook Live. Buat masa ini, ujian fungsi ‘Find Wifi’ hanya terdapat di peranti iOS saja, masih belum kelihatan di Android.

[SUMBER: Fortune]

facebook-find-wifi-lampu-cerah-belakang

Apa komen anda?