Digi Kemas Kini Pelan Broadband Dengan Penstriman YouTube Tanpa Had

Share Button

Untuk terus kekal bersaing, Digi hari ini mengumumkan pembaharuan pada pelan data sahaja mereka. Bermula hari ini, pelanggan pelan broadband baru Digi berpeluang menikmati penstriman YouTube tanpa had beserta beberapa saluran digital yang lain pada harga serendah RM30.

161115-new-digi-broadband-comparison

Sebanyak tiga pelan disediakan dan ketiga-tiga mereka diberikan kuota tanpa had, Stream FREE, untuk menstrim kandungan daripada 19 slauran digital tanpa menggunakan kuota yang diperuntukan. Broadband 30 memberikan 6GB kuota untuk melayari Internet. Dua lagi pelan iaitu Broadband 60 dan Broadband 100 masing-masing menyediakan 15GB dan 40GB kuota untuk meluncur di alam maya.

161115-new-digi-free-stream

Saluran yang boleh distrim tanpa had menggunakan Stream FREE

Tidak cukup dengan itu, satu lagi kuota khas, Stream On Demand, diperuntukkan bagi pelanggan menstrim kandungan daripada 10 saluran digital yang telah ditetapkan. Broadband 60 menerima 5GB kuota Stream on Demand manakala Broadband 100 menerima 10GB kuota Stream on Demand. Pelan termurah, Broadband 30, tidak menerima kuota Stream on Demand.

161115-new-digi-stream-on-demand

Saluran yang menggunakan kuota Stream on Demand

Digi ada membuka tawaran rebat seumur hidup sebanyak RM10 kepada pelanggan Postpaid mereka yang ingin menambah sebarang pelan broadband baru ini sebagai talian tambahan.

Selain Digi, U Mobile juga ada menyediakan perkhidmatan strim tanpa had YouTube dan empat lagi saluran digital lain pada harga serendah RM40. Setakat ini, hanya Digi dan U Mobile menawarkan pelan data sahaja yang menyediakan strim YouTube tanpa had kepada pelanggan tetapi Digi adalah yang pertama memberikan penstriman YouTube tanpa had sepanjang masa.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Apa komen anda?