Dengan RM30 Sebulan, Pelan Prabayar Mana Beri Anda Paling Banyak Data?

Share Button

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, setiap sen yang dibelanjakan perlu dicongak sedalam-dalamnya bagi mengelakkan pembaziran. Begitulah jua dalam perbelanjaan untuk telekomunikasi yang bukan lagi satu kehendak, tetapi satu keperluan pada masa ini. Selain daripada pengguna pascabayar, pengguna prabayar juga perlu sensitif terhadap perkembangan penyedia telco yang mereka langgan.

Zaman telefon pintar ini telah menjadikan kuota Internet sebagai faktor utama dalam pemilihan pakej telco. Kami menyemak laman Web penyedia perkhidmatan telekomunikasi prabayar untuk mengummpulkan data tentang harga dan jumlah data yang mereka bekalkan.

Kami juga merangka satu hipotesis: Jika seseorang memperuntukkan RM30 sebulan untuk dibelanjakan keatas pelan prabayar telefon mereka, pelan manakah yang memberikannya paling banyak data?

Tekan untuk perbesar


Data Untuk Berinternet

161104-orang-main-internet

Daripada segi jumlah data yang ditawarkan, Digi memberikan data terbanyak diikuti dengan Xpax dan Hotlink. Walau bagaimanapun, dalam kalangan mereka bertiga, Digi memiliki data yang boleh digunakan untuk melayari Internet paling sedikit. Walaupun Xpax menyediakan 12GB data untuk melayari Internet, 10GB daripadanya hanya boleh digunakan semasa tempoh Internet Burung Hantu iaitu bermula 1 pagi hingga 7 pagi dan hanya terhad sebanyak 333MB sehari.

Hotlink pula membajiri pelanggannya dengan kuota Internet pada hujung minggu. Mereka memberikan 1GB masing-masing pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu untuk dihabiska. Data yang tidak digunakan tidak pula dibawa kedepan seperti penyedia-penyedia yang lain. U Mobile dan Tune Talk pula tidak mengenakan sekatan terhadap kuota Internet mereka. U Mobile memberikan data sebanyak 1GB sebulan jika pengguna menambah nilai sekurang-kurangnya RM10 manakala Tune Talk pula memberikan 1.5GB sebulan dengan tambah nilai minimum RM30.


Data Untuk Bermultimedia

161104-orang-tengok-wayang

Penagih kandungan multimedia tegar semestinya tahu tentang kuota Video-Onz yang disediakan U Mobile. Jauh lebih baik berbanding data media yang disediakan telco lain kerana mereka menyokong portal multimedia paling banyak iaitu 21. Dibawah pakej UMI30, U Mobile memberikan 2.5GB untuk menggunakan Video-Onz. Sebanyak 2GB data diperuntukkan oleh Hotlink dan 1GB disediakan Xpax hanya untuk melayani kandungan di Youtube.

Digi Music Freedom dilhat lebih menumpukan pada kandungan audio lebih-lebih lagi radio tempatan. Seperti Hotlink, Digi juga memberikan data tambahan pada  hujung minggu. Mereka memberikan 1GB data untuk digunakan menonton video dan 1GB lagi untuk mendengar muzik. Ditambah pula  dengan 2GB yang disediakan masing-masing untuk video dan audio, Digi keseluruhannya membekalkan 12GB data khas untuk kandungan multimedia.


Data Untuk Bersosial

161104-orang-bersosial

Rata-rata kita berkemungkinan akan menggunakan kuota sehabisnya. Tetapi semua penyedia kecuali Tune Talk, YES 4G, dan Altel ada menyediakan data khas supaya pelanggan mereka boleh terus menggunakan aplikasi permesejan seperti Whatsapp dan sebagainya untuk berhubung walaupun kuota data mereka telah kehabisan.  Altel, walaupun hanya memberikan 1GB data pada harga RM25, tetapi tempoh sahnya lebih panjang berbanding penyedia yang lain, iaitu 3 bulan.

YES 4G pula terkenal sebagai telco pertama yang menyediakan perkhidmatan VoLTE. Ia menjanjikan panggilan suara yang sangat jelas dan lancar tidak seperti telco lain yang masih menggunakan teknologi analog untuk mengendalikan panggilan suara.

Comments

  1. Mat Maslan

    Hotlink paling murah…beli secara harian rm3 / 1gb kalau 22 hari baru rm66. 8 hari lagi percuma weekend..sebulan RM66 dapat 30gb…cuma kena beli setiap hari la…

Apa komen anda?