Dapatkan iPhone 7 bersama pelan pascabayar terbesar masakini

Share Button

[iPhone 7 ini dibawakan kepada anda oleh Celcom FIRST Gold Plus]

iPhone 7 merupakan telefon terbaik buat pengguna yang mahukan kuasa iOS di dalam tangan. Mungkin harganya sedikit di luar jangkauan ramai, tetapi ia boleh dimiliki dengan harga lebih rendah jika disertakan dengan pelan pasca bayar paling besar masa kini, Celcom FIRST Gold Plus.

Sesiapa sahaja kini boleh mendapatkan iPhone 7 dari serendah RM2,058, ataupun iPhone 7 Plus bermula dari RM2,558 bersama pelan Celcom FIRST Gold Plus. Bukan sahaja ia memberi harga iPhone yang sangat menarik, malah ia disertakan pelan data berganda yang terbesar ada di Malaysia.

Dengan pelan Celcom FIRST Gold Plus, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus boleh dimiliki bersama kontrak 24 bulan dengan harga berikut:

  • iPhone 7 32GB – RM2,058
  • iPhone 7 128GB – RM2,488
  • iPhone 7 256GB – RM2,908
  • iPhone 7 Plus 32GB – RM2,558
  • iPhone 7 Plus 128GB – RM2,978
  • iPhone 7 Plus 256GB – RM3,408

Pelan Celcom FIRST Gold Plus kini menyediakan 40GB data dengan komitmen hanya RM98 sebulan. Data ini boleh digunakan dalam bentuk 20GB sepanjang masa, dan 20GB di hujung minggu.

celcom-first-anydaygb

Tetapi kesemua 40GB data ini boleh digunakan sepanjang masa dengan mengaktifkan AnydayGB. Dengan tambahan RM10 sebulan, ia menjadikan data hujung minggu boleh digunakan sepanjang masa. 40GB data sepanjang masa hanya RM108 sebulan, paling besar boleh dinikmati kini.

Tidak dilupakan pelan FIRST Gold Plus bukanlah pelan data semata-mata. Ia turut memberikan panggilan tanpa had sepanjang masa. Malah, pengguna juga boleh menikmati permesejan sosial iaitu WhatsApp dan WeChat tanpa had. Bercakap dan bermesej tanpa henti, tanpa perlu risaukan lagi bil yang melambung. Bonus untuk pengguna Celcom FIRST, ribuan lagu tempatan dan antarabangsa boleh didengari sepanjang masa bersama Yonder Music.

spesifikasi-celcom-first-gold-plus

Menonton video atau mendengar muzik tidak memerlukan kuota khas dengan FIRST Gold Plus. Dengan data terbesar serta liputan terluas dan terpantas Celcom 4G di seluruh Malaysia, kandungan hiburan boleh dinikmati bila-bila masa di hujung jari. Lebih baik lagi apabila digunakan bersama iPhone 7 dan 7 Plus.

Jangan berlengah lagi. Dapatkan segera tawaran terhebat iPhone 7 dan 7 Plus bersama Celcom, dengan pelan pasca bayar Celcom FIRST Gold Plus, yang sentiasa meletakkan anda di hadapan.

Apa komen anda?