Cyberjaya bakal berubah ke bandar tanpa tunai

Share Button

Usaha Cyberjaya untuk menjadi bandar pintar terulung di rantau ini dipertingkatkan lagi dengan satu kerjasama terbaru. Memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai di antara Cyberview Sdn Bhd, Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), dan Mastercard akan memacu Cyberjaya menjadi bandar tanpa tunai dengan lebih pantas.

Perjanjian ini ditandatangani dalam satu majlis di ‘Smart City Expo World Congress‘ di Barcelona dan disaksikan sendiri oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah.

pameran-cyberjaya-oleh-magic-dan-cyberview-di-barcelonaTan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah (4 dari kanan) bersama pegawai Cyberview dan MaGIC di Barcelona

Langkah ini sejajar dengan perancangan kerajaan Malaysia untuk mengurangkan transaksi tunai melalui sistem pembayaran digital yang lebih pantas, mudah dan selamat. Ia juga boleh menjadi pemangkin dalam visi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangkan kebergantungan terhadap transaksi tunai.

MoU ini juga merupakan satu lagi pencapaian Cyberjaya dalam evolusinya menjadi peneraju Bandar Pintar, di mana sebelum ini ia memperkenalkan sistem rangkaian Jarak Jauh (LoRa) merangkumi seluruh Cyberjaya, yang mengukuhkan lagi pelaksanaan ‘Internet of Things’ (IoT) ke semua pelusuk bandar.

Mastercard akan menyediakan servis pembayaran digital Masterpass, kepada semua peringkat di Cyberjaya. Ia akan diintegrasikan ke dalam ekosistem pembayaran samada dalam talian, dalam aplikasi malah di kedai runcit sendiri dalam bentuk tanpa tunai dan tiada sentuhan (contactless). Ia bakal membawa satu pengalaman membeli-belah serba baru kepada rakyat Malaysia.

logo-cyberview-magic-dan-mastercard

Apa komen anda?