Bosan Dengan Laptop? Cuba Spin 5

Share Button

Bosan dengan laptop? Beli saja tablet? Atau bagaimana jika TheSkop katakan dapatkan kedua-duanya dalam satu peranti saja.

Itulah yang ditonjolkan Acer melalui model Spin 5 di mana monitornya boleh dipusingkan sehingga 360 darjah, Spin 7 sememangnya memang mudah bagi kedua-dua mod sama ada laptop atau tablet yang disokong fungsi Continuum dalam Windows 10.

161116-spin-5-lipat

Acer Spin 5 boleh dilipat untuk bertukar menjadi mode tablet

Walaupun ciri boleh pusing ini hebat, Spin 7 masih direka nipis 20.3mm dan beratnya sekitar 1.6kg saja. Spin 5 lengkap dengan CPU dan set cip Intel Core i3-6100U dengan dual core 2.30GHz bersama RAM sebanyak 4GB jenis DDR4 SDRAM.

Ia mempunyai skrin 13.3 inci jenis IPS HD penuh 1920 x 1080 manakala sokongan input dan output tersedia termasuk touchpad dan papan kekunci, mikrofon, HDMI, dua port USB 2.0 dan 1 port USB 3.0.

Bateri 3220mAh mampu memberi ketahanan selama 10 jam. Acer Spin 5 dijual pada harga RM2,199 dan boleh dibeli melalui pengedar sah Acer di seluruh negara.

Apa komen anda?