Blackberry DTEK60 boleh mula dibeli di Malaysia

Share Button

Blackberry hari ini dengan rasminya mula menjual telefon pintar DTEK60 di Malaysia. Ia merupakan telefon pintar Blackberry ketiga yang dikuasakan Android, selepas Priv dan DTEK50. Telefon ini dihasilkan oleh TCL dan dilengkapi ciri-ciri keselamatan terunggul dari Blackberry.

DTEK60 merupakan telefon pintar berkuasa tinggi, dilengkapi pemproses Snapdragon 820, 4GB RAM, 32GB storan dalaman dan sedia menerima storan tambahan melalui kad mikroSD. Skrinnya berukuran 5.5-inci, dilengkapi resolusi tinggi QuadHD menggunakan paparan AMOLED.

blackberry-dtek60-hitam-depan-belakang-bank

DTEK60 menggunakan sambungan USB-C, yang menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0 bagi mengecas bateri 3,000mAh di dalamnya. Untuk kamera, ia dilengkapi sensor 21MP f/2.0 di belakang dan 8MP f/2.2 di depan.

Sebagai peranti Blackberry, ia dilengkapi fungsi terbaik Blackberry seperti notifikasi semua dalam satu di Blakcberry HUB, pengimbas capjari untuk kunci skrin serta membuat pembelian menggunakan Android Pay, papan kekunci maya yang pintar, serta butang unik ‘Convenience Key‘ bagi capaian pantas.

blackberry-dtek60-terapung-belakang-depan

Keselamatan merupakan fokus utama Blackberry. Dengan DTEK60, Blackberry menjanjikan kemaskini keselamatan terpantas untuk perlindungan dari ancaman siber. Perisian DTEK pula memantau peranti dari pencerobohan. Blackberry juga menggunakan teknologi khas seperti ‘Hardware Root of Trust‘ dan ‘Secure Boot Process‘ memastikan tiada perubahan pada DTEK60 hasil pencerobohan, dari mula telefon dihidupkan.

Telefon pintar Blackberry DTEK60 kini boleh dibeli dari rakan pengedar Brightstar Malaysia pada harga RM2,388 termasuk GST. Senarai penuh pengedar boleh dirujuk di sini. Untuk maklumat lanjut tentang DTEK60, layari laman produk Blackberry DTEK60.

Apa komen anda?