Anda Akan Alami Gangguan Perkhidmatan Telko Sehingga Jun 2017

Share Button

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) hari ini menerbitkan satu siaran untuk memaklumkan pengguna perkhidmatan selular yang mereka mungkin akan menghadapai gangguan perkhidmatan dalam tempoh tertentu. Ia berikutan satu aktiviti perpindahan spektrum yang diumumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 1 Februari yang lalu.

Aktiviti ini melibatkan penyedia perkhidmatan selular (telko) Celcom, Digi, Maxis yang perlu menetapkan semula spektrum pemancar mereka di seluruh negara. CFM telah menetapkan beberapa panduan yang perlu diikuti oleh telko ini supaya proses yang berjalan daripada September 2016 hingga Jun 2017 adalah lancar dan hanya memberikan impak minimum kepada pelangan mereka.

161129-hotline-telko

Pengguna boleh menghubungi talian hotline telko untuk mengadu

Walaupun hanya Celcom, Digi, dan Maxis melakukan penghijrahan spektrum, telko daripada jenis MVNO seperti TuneTalk, RedOne, Altel, dan ramai lagi semestinya akan menghadapi gangguan perkhidmatan kerana MVNO menumpang infrastruktur penyedia bertiga ini. Jika anda menghadapi gangguan perkhidmatan yang berpanjangan, CFM menyarankan anda menghubungi khidmat pelanggan telko masing-masing untuk mendapatkan bantuan.

Berikut adalah soalan lazim untuk memberikan pencerahan tentang perpindahan spektrum yang sedang berjalan ini.

1. Apakah penghijrahan spektrum ini?

Pada 1 Februari yang lalu, MCMC telah mengumumkan akan ada proses penghijrahan spektrum antara 900 MHz dan 1800 MHz. Oleh sebab itu, penyedia telko yang beroperasi menggunakan spektrum ini seperti Celcom, Digi, dan Maxis, akan mengalami sedikit gangguan perkhidmatan.

2. Bila proses penghijrahan spektrum ini akan berlangsung?

Proses ini telah berlangsung sejak September yang lalu dan akan berakhir pada June 2017. Maklumat proses penghijrahan akan dikemas kini di laman web telko masing-masing.

www.celcom.com.my
www.digi.com.my
www.maxis.com.my

3. Kawasan manakah yang akan terjejas?

Kesemua kawasan liputan ketiga-tiga telko yang dinyatakan di (2) akan terjejas tetapi tidak pada masa yang sama.

4. Apakah yang berlaku semasa penghijrahan spektrum?

MCMC telah menetapkan setiap telko dengan spektrum tertentu. Semasa penghijrahan setiap telko akan menetapkan semula spektrum menara pemancar mereka kepada spektrum yang telah ditetapkan. Perkhidmatan 2G, 3G, dan 4G akan terganggu di kawasan tersebut.

5. Pada waktu apakah aktiviti penghijrahan spektrum berlaku?

MCMC mengarahkan aktiviti memindahkan spektrum dilakukan diluar waktu puncak iaitu 12 tengah malam hingga 6 pagi.

6. Apa yang anda boleh lakukan sekiranya masih terdapat gangguan perkhidmatan selepas tempoh penghijrahan berlangsung?

Anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan telko masing-masing di:

Celcom : 1111 (daripada nombor Celcom) or 019 601 1111
Digi : 016 221 1800
Maxis : 123 (daripada nombor Maxis) atau 1 800 82 1123

Kemudian, aduan boleh dipanjangkan ke pihak MCMC di:

Hotline : 1 800 18 8030
Email : aduanskmm@cmc.gov.my

[sumber gambar]

Trackbacks

  1. […] pemancar berfrekuensi 900 MHz mereka sekitar Julai ini. Peruntukan 900 Mhz ini diterima selepas rombakan oleh MCMC tempoh hari. Frekuensi ini memberikan keupayaan menembus yang tinggi berbanding frekuensi […]

Apa komen anda?