Acer Swift 7 Berikan Definisi Baru “Nipis”

Share Button

Acer membuka dimensi baru dalam dunia ultrabook apabila melancarkan laptop ternipis di dunia. Pada ketebalan cuma 9.98 mm, Acer Swift 7 adalah laptop pertama dunia yang melangkaui tanda 1 cm. Bukan sahaja nipis, ia cuma seberat 1.1 kg, hasil daripada penggunaan alumunium sepenuhnya dalam pembinaan badannya. Ia hadir dalam gabungan warna hitam dan emas.

161116-swift-7-atas-meja

Acer Swift 7

Paparannya dilapisi kaca Gorilla generasi kelima untuk menahan kecalaran pada panel IPS beresolusi HD penuh sebesar 13 inci. Pada bahagian atas paparan, sebuah webcam dengan fungsi HDR untuk memberikan prestasi berbual secara maya yang cemerlang kerana pemanggil dapat melihat kita dengan lebih cerah dan tajam.

Disebalik badan alumunium sepenuhnya, tersemat papan induk yang mendukung cip pemproses Intel Core i5 dengan RAM sebesar 8GB dan ruang storan seluas 256GB. Bateri yang diberi padanya dikatakan boleh berkhidmat kepada pengguna selama 9 jam.

Prestasi audio pada laptop ini tidak dilupakan, teknologi Dolby Audio Premium dan Acer TrueHarmony berganding tangan untuk menghasilkan bunyi yang mantap. Apabila ber-Skype, suara menjadi lebih jelas dan nyata hasil daripada aplikasi teknologi ini.

161116-swift-7-hadapan

Pandangan depan Acer Swift 7

Berhubung dengan Internet menjadi sangat pantas menggunakan teknologi wayarles MU-MiMO. Pada bahagian sisi laptop ini disusun segala macam port seperti USB Type-C dan HDMI. Port USB boleh digunakan untuk mengecas laptop. Maka, pengguna tidak perlu risau jika tertinggal kabel kuasa di rumah.

Selain papan kekunci yang besar, pad sesentuh juga lebih besar daripada biasa. Ia memudahkan navigasi dilakukan menggunakan satu hingga empat jari.

Swift 7 boleh mula dibeli di 11street atau di semua pengedar sah Acer bermula 23 November ini pada harga RM 4,999.

Selain Swift 7, Acer juga memperkenalkan Swift 3. Ia adalah versi yang lebih rendah berbanding sebelumnya, tetapi masih mengekalkan ciri-ciri kenipisan dan kuasa. Ia memiliki ketebalan cuma 17.8 mm dan berat 1.5kg.

161116-swift-5-nipis

Pandangan sisi Acer Swift 5

Laptop ini menggunakan cip pemproses Intel Core i5-6200U dengan gandingan RAM DDR4 sebesar 4GB. Sekeping SSD seluas 256 GB diberikan untuk menyimpan data. Paparan laptop ini lebih besar berbanding Swift 7 iaitu pada 14″, tetapi resolusinya masih sama pada 1080p.

Acer Swift hadir dalam warna kelabu dan emas. Ia sudah mula dijual melalui pengedar sah di seluruh negara pada harga RM 2,899.161116-swift-5-atas-meja

Acer Swift 5

Apa komen anda?