8 Telefon Galaxy J Penuhi Bajet Penduduk Malaysia

Share Button

Sebagai peneraju pasaran telefon pintar di Malaysia, Samsung berusaha untuk memastikan semua lapisan masyarakat mempunyai akses terhadap peranti tersebut. Hal ini kerana telefon pintar pada masa ini memainkan peranan bukan sahaja sebagai alat telekomunikasi tetapi alat untuk membantu mereka dalam kehidupan seharian. Maka, Samsung Malaysia Electronic memperkenalkan keluarga telefon mampu milik mereka, siri Galaxy J.

Siri Samsung Galaxy J adalah pelengkap kepada peranti flagship Samsung Galaxy S, Galaxy Note, dan Galaxy A. Ia memastikan jenama itu releven untuk sesiapa sahaja. Tidak kira berapa bajet anda, Samsung pasti ada peranti untuk anda, daripada serendah RM299 hinggalah RM1,199. Sebanyak 8 model boleh didapati dalam keluarga ini dengan pelbagai spesifikasi.

Buat ibu bapa yang ingin menghadiahi anak-anak mereka dengan telefon pintar dengan fungsi asas, model J1 Mini Prime dan J1 Ace amat sesuai kerana ia paling murah dalam keluarga J ini. Fungsi-fungsi asas sudah cukup membolehkan ibu-bapa berhubung dengan anak-anak mereka. Samsung Galaxy J5 dan keatas memiliki kamera paling berkuasa. Pada 13MP, ia cukup kuat untuk menghasilkan gambar yang menawan dan tajam.

Galaxy J7 pula mempunyai kapasiti bateri paling besar iaitu 3,300mAh. Bateri yang besar memastikan pengguna sentiasa berhubung dengan Internet untuk satu jangka masa yang panjang. Bateri yang besar sesuai untuk pengguna yang sentiasa berada di luar melakukan kerja lapangan dan sukar mendapatkan akses soket.

Semua telefon ini sudah berada dalam pasaran dan boleh dibeli di pengedar-pengedar sah Samsung atau layari laman web mereka untuk maklumat lanjut.

Trackbacks

  1. […] yang lebih terkenal dengan peranti flagship mereka seperti Galaxy S7 dan S7 edge. Tetapi pada segmen pertengahan, telefon mereka kurang mendapat perhatian dek kerana harganya yang kurang kompetitif berbanding […]

Apa komen anda?