Tiga cara aplikasi Najib Razak boleh jadi lebih popular

Share Button

Hari ni heboh di media sosial, perihal aplikasi terbaru yang direka khusus buat Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak. Ia kini boleh dimuat turun di Apple Appstore atau Google Play Store.

Tetapi, kelihatan komen-komen di Play Store dan App Store tak banyak yang boleh membantu Resonate Digital Sdn Bhd, penerbit aplikasi ‘Najib Razak’ untuk memperbaiki produk mereka. TheSkop ada tiga cadangan, kalau sudi nak bacalah.

1. Ringankan saiz aplikasi

Yang TheSkop nampak, komen paling membina diletakkan ialah berkenaan dengan saiz aplikasi. Terlalu berat, kata mereka. Yang mengamuk tentang akses yang diminta sebelum boleh muat turun aplikasi pun ada. Malah, bukan seorang dua yang mengaku telefon terus ‘hang’ selepas cuba muat turun aplikasi ini. Bahagian teknikal penting dalam penerbitan aplikasi, jadi ini paling utama perlu dilangsaikan.

2. Tawarkan hadiah mingguan

Rakyat Malaysia sukakan hadiah. Tak kisahlah apa. Mungkin dengan menawarkan hadiah melalui peraduan, contohnya peraduan ‘Idea Kreatif Untuk Jadikan Sungai-Sungai di Malaysia Bersih‘, atau ‘Bagaimana aplikasi ini boleh jadi lebih popular‘. Hadiah pula tak perlulah beri Samsung Galaxy Note7, cuba berikan hadiah seperti ‘Sehari Bersama Pesakit Kanser dan MAKNA’ atau ‘Seminggu Bantu MERCY Malaysia’ untuk galakkan semangat sukarelawan.

Remaja kita kan suka bantu masyarakat. Jangan perkecilkan minat mereka.

3. Libatkan SnapChat

Kalau nak ambil hati generasi millenia, kena ambil tahu tentang SnapChat. Ini antara aplikasi yang mungkin mengambil-alih Twitter. Kelebihan SnapChat terletak pada ‘My Story’, kerana ia memberi log sehari kehidupan pemilik akaun. Mungkin bila golongan muda lihat sendiri tanggungjawab sehari pemimpin kita, mereka akan faham yang amanah itu berat sekali. Dan ia juga boleh bantu bakal pemimpin yang sanggup mengambil tugas mentadbir negara, apa yang bakal mereka hadapi.

Ada cadangan lain? Boleh lontarkan di bawah atau ke ruangan komen aplikasi ini terus.

aplikasi-najib-razak-di-google-play-store

Apa komen anda?