Test Produk – Samsung Gear 360 Punyai Sudut Pandang Seluas Sfera

Share Button

KELEBIHAN

+ Miliki slot kad mikro-SD
+ Harga rendah berbanding pesaing
+ Kapasiti bateri besar

KEKURANGAN

– Hanya boleh ditambat pada telefon tertentu
– Tidak kalis air
-Hanya dalam warna putih

Pendahuluan

Kandungan 360 darjah kini menjadi kegilaan ramai kerana melaluinya, pelbagai maklumat boleh dimuatkan berbanding gambar atau video daripada kamera konvesional.

Melalui kamera Gear360, Samsung menjadi antara perintis kepada kamera yang bukan sahaja mampu merakam kandungan 360, tetapi mampu milik! Jika dilihat pada rig GoPro untuk menangkap kandungan 360, sudah pasti terus anda katakan ia bukanlah untuk pengguna kebanyakkan.

161010-gear360-01

Kamera ini dilancarkan pada Februari tahun ini di Barcelona, bersama-sama Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge.


Rupa Fizikal

Hadir dalam pakej berbentuk silinder, kamera ini didatangkan dengan beberapa barang di dalam kotaknya seperti tripod, kantung, tali lanyard, dan kabel USB mikro. Pada manualnya pula terdapat nombor siri yang perlu digunakan untuk mengesahkan pemasangan Gear 360 Action Director, perisian khas  yang digunakan untuk menyunting kandungan 360 daripada kamera ini.

161010-gear360-out-of-the-box-items

Daripada balang silinder Gear360, anda akan menerima barang-barang di atas

Fizikaliti kamera ini memang futuristik. Kamera berbentuk sfera bewarna putih ini rupanya seakan-akan anak mata tetapi mempunyai dua ‘mata’ yang bertentangan antara satu sama lain. Bahagian atas kamera ini anda dapat melihat butang rakaman yang bertanda merah serta paparan LCD monokrom yang memaparkan maklumat asas.

Pada bahagian sisi kamera pula terdapat dua butang. Butang yang bertama adalah untuk mengaktifkan fungsi ketersambuangan dan bahagian bawah pula butang kuasa. Di sebalik sana pula pengguna akan menemui pintu yang menempatkan bateri dan dua jenis port iaitu usb mikro dan hdmi mini.

161010-gear360-rupa-keliling-01

Pada bahagian bawah kamera ini Samsung menyediakan lubang skru bersaiz ¼”-20. Saiz ini adalah standard yang digunakan oleh kebanyakkan perkakasan kamera dalam pasaran. Maka, semua jenis tripod dan monopod boleh digunakan jika tripod yang didatangkan bersama kamera ini terlalu pendek untuk memenuhi keperluan anda.

Bercerita tentang komponen optikalnya, kamera ini memiliki dua sensor 16 megapiksel 15 megapiksel yang membelakangi satu sama lain. Kedua-dua mereka dilapisi dengan lens fisheye dengan aperture F2.0 yang membenarkan kuantiti cahaya yang besar sampai ke sensor pengimejan kamera ini.

161010-gear360-rupa-keliling-02


Pengalaman Mengguna

Sejurus menghidupkan kamera ini dan ingin menyambungkannya pada telefon, masalah timbul. Rupa-rupanya, Gear360 Manager, aplikasi telefon pintar yang digunakan untuk mengimport dan mencantumkan gambar dan video 360 hanya boleh dipasang pada telefon Samsung. Lebih menyedihkan, aplikasi ini tiada dalam versi iOS. Mujurlah selepas beberapa ketika menyelidik, saya temui penyelesaiannya.

161010-gear360-manager-incompatibility

Bukan saya sahaja yang mengalami masalah itu, ramai lagi pengguna di seluruh dunia merungut tentangnya.  Nasib baik ada pembangun yang membuang halangan yang ada dalam perisian itu dan menjadikan Gear360 manager boleh dipasang pada mana-mana peranti Android yang menjalankan sekurang-kurangnya Android 5.0 Lollipop. Pengguna yang ingin membeli Samsung Gear360 tetapi tidak memiliki telefon telefon yang menyokong Gear360 manager, anda boleh memuat turun aplikasi yang telah diubah suai di laman XDA Developers.

Jika anda menggunakan telefon Apple atau tidak mempunyai telefon yang menyokong aplikasi Gear360 Manager, usah risau kerana ia bukanlah syarat wajib. Semua fungsi-fungsi kamera boleh diakses terus pada kamera tersebut menggunakan hanya tiga butang. Satu lagi helah yang menarik adalah menggunakan aplikasi Google Street View.

161010-google-street-view-to-360-camera

Untuk gambar 360, Google Street View berprestasi lebih baik daripada aplikasi Gear360 Manager

Aplikasi ini boleh berhubung dengan Samsung Gear360 secara WiFi Direct dan boleh digunakan sebagai alat kawalan untuk menangkap gambar. Lebih menarik, ia akan terus memindahkan gambar 360 yang sudah dicantumkan terus ke dalam telefon anda. Gambar 360 yang diambil menggunakan Google Street View juga boleh dikongsi dan ditambah ke dalam pengkalan data Google Street View sedia ada.

Selain daripada Google Street View, saya dapati aplikasi Panorama 360 juga agak membantu untuk mencantumkan gambar 360. Walau bagaimanapun, hasil cantumannya jauh kurang memuaskan berbanding yang dihasilkan Google Street View. Diharapkan pembangun aplikasi Panorama 360 boleh menambah baik algoritma cantuman gambar dalam versi aplikasi yang akan datang.

Kualiti gambar 360 yang terhasil adalah baik dalam kelasnya. Ia bukanlah seperti kamera konvesional DSLR yang boleh dizum masuk dan masih mengekalkan ketajaman gambar. Perlu diingatkan bahawa sensor kamera ini hanya besar sedikit berbanding yang ada pada Samsung Galaxy S7. Jika ingin membandingkan kualiti gambarnya dengan kamera digital hakiki yang lain, agak tidak adil.

161010-gear360-gambar-raw-resized

Gambar yang dipindah terus dari kamera rupanya seperti ini

Gear360 Sampel 1Selepas diproses menggunakan Gear360 Action Director, hasilnya seperti ini

Video yang dirakamkan menggunakan Samsung Gear360 boleh dicantumkan terus di dalam telefon. Tetapi untuk mencantumkan video 4K, hanya peranti yang menggunakan cip Snapdragon 820 boleh melakukannya seperti Galaxy S7 dan Note7 manakala telefon seperti Galaxy Note5, dan S6 hanya boleh mengendalikan video 2K oleh sebab cip pemproses yang lebih lama.

Tetapi, jika kita masih ingat bahawa kamera ini didatangkan sekali dengan kod pengaktifan pada manualnya. Ia digunakan untuk mengaktifkan perisian Gear360 Action Director. Perisian ini memberikan lebih banyak ruang untuk anda bermain. Misalnya, Maxis pernah melancarkan satu kempen “Maxis Rojak 360” . Mereka yang terlibat menghasilkan filem pendek 360 pertama Malaysia menggunakan perisian ini.

Kamera ini berpotensi menjadi kamera aksi yang cemerlang sekiranya ciri kekalisan terhadap faktor cuaca diberikan padanya. Samsung Gear360 menerima penarafan IP53. Ia bermakna kamera ini agak terlindung daripada debu dan daripada titsan air daripada atas sehingga 60 darjah kebawah. Jika penghasilan peranti dengan IP68 akan mejadikan harganya mahal, Samsung boleh mengaplikasikan penyelesaian yang digunakan GoPro iaitu membekalkan perumah khas untuk kamera itu digunakan di dalam air.


Rumusan

Saya berani mengatakan Samsung Gear 360 setakat ini adalah kamera 360 yang paling baik dalam pasaran setakat ini. Mengapa ia adalah kamera terbaik?

Jika kita bandingkan Samsung Gear 360 dengan kamera 360 yang lain, ia adalah antara kamera 360 pertama yang mempunyai slot mikro-SD. Kamera yang lebih awal seperti Ricoh Theta S dan Theta hanya mempunyai storan dalaman sehingga 8 GB sahaja. Tambahan pula, bateri pada Gear360 boleh ditanggal dan ditukar dengan bateri yang baru.

Samsung Gear 360 - kamera

Dengan hanya RM 1,299, ia jauh lebih murah daripada 360fly yang berharga $500 (RM2,097) di Amerika Syarikat yang hanya boleh melihat separuh sfera (180 darjah) berbanding Gear360 yang memiliki medan penglihatan berbentuk sfera. Lebih baik, anda menerima secara asasnya dua kamera yang dicantumkan bersama. selain itu, sudut pandang 180 darjah pada kedua-dua kamera memang melebihi sudut pandang kamera aksi ekalensa yang lain. Anda tahu tak GoPro Hero5 Session yang paling murah pun tidak semurah Gear360?

Baru-baru ini sajalah terdapat peserta baru yang menyertai arena kandungan 360 dan boleh mencabar Gear360. Kamera seperti Nikon Keymission 360 memiliki segala-galanya yang ada pada Gear360 dengan satu ciri iaitu kekalisan air sehingga 30 meter tanpa perlu aksesori tambahan. Tetapi saya pasti Samsung sudah pun membangunkan Gear360 generasi baru yang ada ciri tersebut, cuma menunggu masa untuk dilancarkan.

Selain daripada isu kebolehgunaannya dengan telefon bukan daripada jenama Samsung dan ketiadaan ciri kalis air, kami tidak ada apa-apa aduan tentang kamera ini.


Sampel

Gear360 Sampel 02

Gear360 Sampel 03


Comments

Trackbacks

  1. […] RM1,990 dan RM2,990 untuk 360fly 4K. Harganya jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan kamera Samsung Gear 360, tetapi jika anda memerlukan kamera 360 yang kalis air, anda mungkin tidak punya banyak […]

Apa komen anda?