Telefon pintar baru Meizu M3s dan M3 note lebih berbaloi dimiliki

Share Button

Rakyat Malaysia kini mempunyai lebih banyak pilihan telefon pintar hebat dengan harga jimat, apabila Meizu mula menjual siri-M terbaru mereka di Malaysia. Meizu M3 note dan M3s kini boleh didapati di SatuGadget, dan diedarkan oleh Dynamics Distribution Sdn Bhd.

Meizu M3s

meizu-m3s-kini-di-satugadget

Walaupun harganya murah, tetapi Meizu M3s menampilkan rupa premium dengan menggunakan badan besi sepenuhnya. Selain itu, ia juga memiliki pengimbas capjari di hadapan.

Skrinnya berukuran 5-inci, melengkung 2.5D di tepi dan mempunyai resolusi HD 1280×720. Kuasanya digerakkan oleh pemproses Mediatek MT6750 8-teras, bersama dua pilihan RAM dan storan, 3GB RAM dan 32GB storan, atau 2GB RAM dan 16GB storan.

Kamera 13MP di belakang disertakan dwi-tona LED Flash, autofokus pantas PDAF serta apertur f/2.2. Manakala kamera depannya 5MP f/2.0. Ia dibekalkan bersama bateri berkapasiti 3,020mAh.

meizu-m3-note-dan-m3s-kamera-belakang

Dua slot SIM hibrid tersedia menyokong rangkaian 4G LTE, tetapi berkongsi slot kedua dengan kad mikroSD. Sistem operasi Android 5.1 Lollipop digunakan bersama antaramuka Flyme OS 5.1 ciptaan Meizu.

Telefon pintar Meizu M3s ini boleh didapati di dalam dua warna, Kelabu dan Emas serta dijual pada harga RM599 (2GB/16GB) dan RM749 (3GB/32GB). Layari laman Meizu M3s SatuGadget untuk membeli.

Meizu M3 note

meizu-m3-note-kini-di-satugadget

Bagi yang mahukan skrin lebih besar, Meizu menawarkan M3 note dengan harga mampumilik. Rupanya lebih premium berbanding M3s, kerana menggunakan aloi aluminium siri 6000 yang lebih selesa dipegang.

Skrin 5.5-inci 2.5D memenuhi ruang hadapan dengan ketajaman resolusi HD Penuh 1920×1080, bersama pengimbas capjari dibawahnya. Ia dilengkapi tenaga pemproses Mediatek Helio P10 8-teras, serta 3GB RAM dan 32GB storan.

meizu-m3s-pengimbas-capjari

Kamera M3 note memiliki spesifikasi yang sama seperti M3s, 13MP f/2.2 beserta dwi-tona LED Flash dan autofokus PDAF. Untuk selfie, ia menggunakan kamera depan 5MP f/2.0. Bateri sebesar 4,100mAh dipasang di dalam M3 note.

Selain dua kad sim 4G LTE, M3 note juga boleh memuatkan kad mikroSD di slot kedua kad sim. Antaramuka Flyme OS 5.1 berasaskan Android 5.1 Lollipop, menghiasi muka skrin M3 note.

Telefon pintar Meizu M3 note kini telah mula dijual dan boleh dipilih di antara tiga warna, Kelabu, Emas dan Perak dengan harga jualan RM849 termasuk GST. Layari lamanweb Meizu M3 note SatuGadget untuk membeli.

spesifikasi-dan-harga-meizu-m3-note-dan-m3s

Apa komen anda?