Telefon Pertama Dengan Snapdragon 821, Asus Zenfone 3 Deluxe, Tiba Di Malaysia

Share Button

Asus melancarkan barisan Zenfone 3 mereka di Malaysia pada bulan Ogos yang lalu melalui acara Zenvolution. Selepas Zenfone 3 Max mula dijual September lepas, giliran Zenfone 3 Deluxe membuka tempahannya hari ini. Tempahan akan dibuka pada jam 8 malam ini di kedai dalam talian mereka dan tempahan akan mula dipenuhi bermula 24 Oktober ini.

161020-zenfone-3-01

Pandangan belakang Zenfone 3 Deluxe

Zenfone 3 Deluxe sarat dengan ciri-ciri pertama dunia. Ia adalah telefon yang mula-mula sekali mengguna pakai rekaan antena tersembunyi untuk meningkatkan nilai estetikanya. Selain itu, ia juga telefon pertama dunia yang menggunakan Snapdragon 821 dengan cip grafik yang baru, Adreno 530.

Ruangan RAM yang diberikan pada telefon ini adalah 6GB dengan ruang storan 256GB daripada jenis UFS2.0. Kamera belakangnya menerima komponen optikal yang canggih seperti sensor IMX318 sebesar 23 MP dan lensa berapertur F2.0. Penstabil optik fizikal dan elektronik hadir bersama-sama pembidik fokus laser dan pengesanan fasa untuk memberikan kepantasa bidikan sehingga 0.03 saat.

161020-zenfone-3-03

Zenfone 3 Semasa Acara Zenvolution Yang Berlangsung Di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Ogos Lalu

Telefon sebesar 5.7 inci ini mempunyai paparan HD penuh dengan teknologi Tru2life untuk memberikan gambar yang seakan-akan nyata. Permukaan paparan dilapisi Corning Gorilla Glass4 untuk melindunginya daripada retak.

Semua komponen dikuasakan oleh sekeping bateri berkapasiti 3000mAh dengan fungsi pengecasan pantas. Telefon ini dijual pada RM3,299. Terdapat juga Zenfone 3 Deluxe versi Snapdragon 820 yang selain daripada storan dalamannya 64GB, komponen yang lain adalah sama dan ia dijual pada harga RM2,599.

Layari laman produk mereka untuk maklumat lanjut.

Apa komen anda?