Telefon Modular Motorola Bakal Tiba Tak Lama Lagi?

Share Button

Motorola Malaysia melalui laman Facebook mereka hari ini mengutuskan satu teaser yang membayangkan telefon baru bakal tiba di pasaran kita tidak lama lagi.

Berdasarkan utusan yang dimuat naik, frasa “hello moto” jelas terpampang pada gambar berkenaan. Ia adalan cogan kata ikonik yang digunakan sejak 2002 oleh Motorala. Selain itu, terdapat seorang wanita dengan rambut berwarna-warni sebagai latar belakang. Pada kapsyennya pula, kata kunci seperti “smartphone” dan “snap” digunakan.

Mungkinkah ia merujuk pada telefon siri Moto Z yang terkenal sebagai telefon modular?

Moto Z adalah flagship terbaru daripada Motorola Mobility dan yang pertama selepas Lenovo mengambilalihnya daripada Google. Ia membawakan rekaan berkonsepkan modular dengan aksesori sampingan untuk meluaskan fungsinya sebagai telefon pintar.

Aksesori seperti kamera, speaker, dan bateri tambahan adalah antara yang awal diperkenalkan. Tetapi platform Moto Mods adalah sebuah platform terbuka dan mereka menjemput pembangun untuk bersama-sama mengimarahkan ekosistem yang baru diwujudkan tersebut.

moto z depan belakang

Moto Z

motomods 3 sekawan

Antara konsep mod Moto Z

moto z spesifikasi ringkas

Spesifikasi asas Moto Z

[sumber]

 

Apa komen anda?