Semakin banyak kandungan kreatif Malaysia di YouTube Kids

Share Button

Awal bulan ini, Google Malaysia mengumumkan ketibaan YouTube Kids, saluran khas kanak-kanak untuk menonton video di YouTube. Hari ini pula, MDEC meraikan hasil animasi anak tempatan, yang kini disiarkan di YouTube Kids.

Tiga jenama yang sedia terkenal di alam maya, Upin & Ipin oleh Les’ Copaque, Boboiboy oleh Animonsta Studios serta Didi & Friends oleh Digital Durian, diraikan MDEC dalam sambutan hari ini.

mdec-youtube-kids-pelancaran-meriah

MDEC turut sama mempersembahkan lima saluran baru di YouTube Kids, yang dicipta oleh rakyat Malaysia iaitu Animasia, Giggle Garage, Inspidea, Lemon Sky dan Lil Critter Workshop.

Industri animasi tempatan kini semakin berkembang ke luar negara. Pada tahun 2015 sahaja, eksport animasi Malaysia ke lu‎ar negara mencatat peningkatan 52%.

MDEC, selaku badan peneraju industri teknologi di Malaysia, akan terus memberi sokongan kepada pembangun kandungan kreatif tempatan. MDEC jua akan terus membuat promosi dan memperkenalkan platform media terkini, untuk membuka potensi baru yang giat berkembang.

YouTube Kids merupakan planform direka khas untuk kawalan ibubapa, di mana kanak-kanak boleh menonton kandungan YouTube yang mesra keluarga dengan mudah dan selamat.

mdec-youtube-kids-cupcake

Apa komen anda?