Selepas Port Audio 3.5mm, Apple Mungkin Buang Barisan Kekunci F Pada MacBook

Share Button

Keberanian. Itulah yang ditonjolkan Apple dalam  setiap produk mereka. Selepas menyisihkan port audio 3.5mm pada iPhone 7, satu lagi revolusi akan berlaku dan kali ini pada MacBook yang dijangka akan dilancarkan pada Jumaat ini. Satu maklumat yang terbocor di Internet ada menyatakan MacBook Pro yang baru membuang barisan kekunci “Fungsi” dan “Escape” dan menggantikannya dengan panel paparan OLED.

Seperti khabar angin yang bertiup, maklumat yang dibocorkan ini mengukuhkan ura-ura yang satu paparan sekunder akan hadir pada papan kekunci MacBookPro. Paparan tersebut akan mempunyai fungsi yang pelbagai. Salah satu gambar yang dipamerkan adalah membuat pengesahan semasa menggunakan perkhidmatan Apple Pay.

161026-apple-pay-guna-paparan-sekunder-macbook-pro

Touch ID pada sebelah kanan  paparan dan butang escape kini diganti dengan butang digital “cancel”

Kali terakhir Apple memperbaharui siri MacBookPro mereka adalah pada Mei 2015 dengan pengenalan Macbook Pro 15″ yang menggunakan pemproses Core i7-4770HQ. Sebelum itu pada Mac tahun yang sama, mereka ada memperkenalkan MacBook Pro bersaiz 13″ yang  menggunakan cip Core i5-5257U. Adakah MacBook yang akan dilancarkan ini menggunakan cip Kaby Lake yang ternyata lebih pantas dan jimat tenaga?

Apple secara tentatifnya akan mengadakan satu majlis pelancaran pada 27 Oktober, Khamis, jam 10 pagi (Jumaat, 1 pagi waktu Malaysia). Anda boleh mengikuti siaran langsung majlis tersebut menerusi pautan ini.

161026-jemputan-hadiri-pelancaran-macbook-pro

[sumber, 2, 3]

Apa komen anda?