Mi Malaysia turunkan harga Mi 5 yang sedia rendah

Share Button

Telefon paling berkuasa Xiaomi yang dijual secara rasmi di Malaysia adalah Mi 5. Ia mula dijual pada bulan Jun lepas, selepas dilancarkan ketika pameran MWC 2016 di Barcelona pada Mac.

Mi 5 adalah telefon pintar paling murah yang dilengkapi pemproses paling berkuasa Qualcomm, iaitu Snapdragon 820. Harga rasminya ketika pelancaran di Malaysia adalah RM1,549 dan selepas 4 bulan, ia menerima potongan harga.

Facebook Mi Malaysia hari ini menyatakan harga baru Mi 5 adalah RM1,399, penurunan sebanyak RM150 dari harga asal. Tidak dinyatakan pula asbabnya, tapi ia mungkin berkait dengan model terbaru Xiaomi, iaitu Mi 5s. Mi 5s belum dijual secara rasmi di Malaysia, tetapi ia boleh dibeli dari penjual set import seperti DirectD.

harga-xiaomi-mi-5-dipotong-di-malaysia

Set rasmi Mi 5 di Malaysia hanya memiliki satu versi. Ia dikuasakan pemproses Snapdragon 820 berkelajuan 1.8GHz, bersama 3GB RAM dan 32GB storan. Ia dibekalkan bersama bateri sebesar 3,000mAh, yang boleh dicas pantas menggunakan sambungan USB-C.

Kamera Mi 5 menggunakan sensor 16MP f/2.0 di belakang, bergandingan dengan penstabil imej optikal (OIS), dwi-tona LED Flash serta autofokus PDAF yang pantas. Kamera depannya pula menggunakan sensor 4MP f/2.0 dengan ukuran piksel sebesar 2-mikron.

harga-xiaomi-mi-5-di-lazada-malaysia

Mi Malaysia tidak menjual Mi 5 menerusi lamanweb, sebaliknya ia dijual di kedai dan juga lamanweb Lazada Malaysia. Senarai penuh penjual Mi 5 boleh dirujuk di sini.

[Sumber: Facebook Mi Malaysia]

Apa komen anda?