Legasi RAZR Dihidupkan Kembali Melalui Moto Z

Share Button

Daripada 90-an hingalah ke sekitar 2000, Motorola banyak berinovasi dan menghasilkan pelbagai produk yang merubah dunia. Lihat sajalah pada Moto RAZR, dan telefon berpapan kekunci QWERTY pertama dunia. Kemudian mereka terus diselubungi bayang-bayang Apple sebelum nekad keluar daripadanya. Kali ini Motorola kembali berinovasi. Sedang syarikat lain masih pada fasa pembangunan dalam kategori telefon modular, Motorola telah pun mengkomersialkan konsep melalui Moto Z dan Moto Z Play.

Moto Z dilancarkan secara rasmi semasa Lenovo Tech World 2016 dalam Jun tahun ini di San Francisco tetapi baru hari ini kita boleh merasai keunikan produk ini.

161031-moto-z-hitam-belakang

Bahagian belakang Moto Z

Ciri utama pada telefon-telefon ini adalah penyambung Moto Mod yang terletak pada bahagian belakang telefon Moto Z dan Moto Z Play. Ia membolehkan telefon ini bergabung dengan beberapa modul yang memberikan fungsi tambahan pada telefin ini. Sebanyak 4 modul dijual bersama-sama telefon ini di Malaysia.

161031-moto-z-moduls

Modul-modul Moto Z, daripada kiri; pek kuasa, speaker, dan kamera

Modul speaker JBL mengubah Moto Z menjadi Hi-Fi bersaiz poket dengan dua buah speaker bersaiz 27mm dengan 3 watt kuasa setiap satu. Ia menguatkuan suara yang dihasilkan pada telefon daripada 60dB kepada 80 dB. Ia berkhidmat sehingga 10 jam lamanya menggunakan bateri bersaiz 1000mAh yang terbina padanya.

Modul kamera Hasselblad memberi keupayaan zum optikal sehingga 10 kali menjadikan julat zumnya 4.5mm hingga 45mm (setara format 35mm) dengan aperture dalam julat 3.5 hingga 6.5. Selain itu, modul ini mempunyai saiz sensor 50% lebih besar berbanding kamera Moto Z. Secara teorinya, ia berprestasi 50% lebih baik berbanding kamera asal.

Modul projektor Moto Insta Share menjadikan telefon ini sebuah projektor poket yang boleh memancar imej sebesar sehingga 70″ pada dinding. Ia juga memiliki bateri yang sedia terbina untuk memberikan waktu operasi sehingga 60 minit. Ia memancarkan resolusi 480p dengan kecerahan 50 lumens.

Pemain tegar Pokemon GO pula tidak perlu risau akan kehabisan bateri dengan modul pek kuasa Incipio offGRID. Pek kuasa incipio offgrid memberikan 2220mAh kuasa tambahan kepada telefon dan masa penggunaan sehingga 20 jam. Ia juga hadir dalam versi yang ada fungsi pengecasan wayarles.

Masih mengekalkan DNA RAZR padanya, ia adalah telefon paling nipis di dunia setakat ini pada ketebalan  5.2mm. Ia ditempa daripada alumunium bergred aeroangkasa. Pada bahagian hadapannya, panel AMOLED beresolusi kuad-HD bersaiz 5.5 inci ada padanya.

Moto Z dikuasakan cip pemproses Snapdragon 820 dengan RAM sebesar 4GB. Ruang storan diberikan adalah 64GB berserta slot mikro-SD. Pada bahagian optikal, telefon ini menerima kamera belakang sebsar 13MP dengan apertur seluas F1.8. Untuk membantu mengambil gambar yang tajam, penstabil imej optikal disetakan dengan pembidik fokus laser. Kamera hadapan pula 5MP dengan sudut pandang yang luas.

161031-moto-z-hitam-depan

Bahagian depan Moto Z

Moto Z Play pula adalah satu varian dalam siri Moto Z yang lebih rendah spesifikasinya berbanding Moto Z tetapi tidak kurang hebatnya. Baterinya lebih besar iaity 3150mAh berbanding 2600mAh yang ada pada  Moto Z. Kameranya juga lebih berkuasa iaitu 16MP dengan kamera hadapan sekuasa 5MP.

Paparannya Moto Z Play adalah HD penuh dengan panel sebsar 5.5″, sama besar dengan Moto Z. Kesemua komponen ini digerakkan oleh cip pemproses Snapdragon 625 beserta RAM sebesar 3GB. Ruang storan dalaman yang diberikan dalah 32GB tetapi boleh diluaskan melalui slot mikro-SD yang mampu menampung kad mikro-SD sehingga 2TB luasnya.

161031-moto-z-putih

Bahagian belakang Moto Z Play

Moto Z dijual pada harga RM2, 699 manakala Moto Z Play berharga RM1,799. Harga empat jenis moto mods yang akan dijual bermula akhir November bersama-sama telefon, akan dijual pada seperti berikut:

  • JBL SoundBoost Speaker RM599
  • Hasselblad True Zoom Camera RM1,299
  • Insta-Share Projector RM1,399
  • Incipio offGRID Power Pack RM499

Moto Z dan Moto Z Play boleh mula ditempah di kedai dalam talian Lazada bermula 4 hingga 6 November ini. 50 Pembelian yang terawal akan menerima modul speaker JBL yang bernilai RM599 secara percuma.

Trackbacks

  1. […] Lenovo Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan Moto M, telefon pintar kelas pertengahan dari jenama Moto. Walaupun baru, ianya tidak menyokong Moto Mods seperti di Moto Z. […]

  2. […] Lenovo semakin aktif membangunkan telefon. Selepas Moto Z dan Moto Z Play dilancarkan secara rasmi di Malaysia beberapa hari yang lalu, satu ribut perkhabaran mula bertiup daripada […]

Apa komen anda?