Lebih ringan, lebih ramping, lebih jimat dengan Facebook Messenger Lite

Share Button

Facebook baru-baru ini mengumumkan aplikasi Messenger Lite, versi yang lebih ramping dan ringan untuk aplikasi Facebook Messenger. Sebelum ini, Facebook turut telah melancarkan aplikasi Facebook Lite, disasarkan untuk peranti Android lama, kurang berkuasa serta kecil storannya.

Messenger Lite sangat ringan, saiz muat turun failnya kurang dari 10MB. Ia boleh dipasang pada peranti yang menjalankan sekurang-kurangnya Android 2.3 Gingerbread. Ini menjadikannya serasi untuk digunakan dengan lebih banyak peranti.

Walaupun ia adalah versi ringan, Messenger Lite boleh digunakan dengan fungsi utama Messenger seperti menghantar teks, gambar, pautan dan pelekat. Malah, ia lebih menjimatkan penggunaan data.

facebook-messenger-lite-di-telefon

Messenger Lite menggunakan logo yang sama, tetapi warna yang terbalik. Ia menggunakan belon berwarna putih dan kilat berwarna biru.

Pengguna di Malaysia kini boleh mula menggunakan Messenger Lite, dengan memuat turun dari Google Play Store. Selain Malaysia, negara lain yang turut menjadi pengguna terawal Messenger Lite ialah Kenya, Tunisia, Venezuala dan Sri Lanka. Kesediaan di negara yang lain bakal menyusul.

[SUMBER]

Apa komen anda?