[TEST PRODUK] Laptop yang anda patut ada dan ia adalah…

Share Button

cover

Menguji laptop sudah biasa bagi Sam tapi kali ini apabila memperoleh Acer Switch Alpha 12, terasa lain macam pula perasan mencubanya.

Sebab apa? Teruskan membaca…

Melihat Acer Switch Alpha 12 buat kali pertama ketika ia dilancarkan memang telah menarik hati dan apabila memegang sendiri gajet 2-dalam-1 ini buat Sam terus jatuh cinta.

Ia laptop (atau mungkin boleh diberikan jolokan tablet hibrid) boleh cabut dengan sistem penyejukan cecair (liquid-cooled) pertama di dunia yang mempunyai keupayaan prestasi memberangsangkan dan bercirikan bentuk fizikal yang cantik manakala paparannya 2160 x 1440 jelas menggambarkan keupayan mempamerkan skrin yang hebat.

Tidak seperti Microsoft Surface Pro 4, Alpha 12 menyediakan bersama papan kekunci.

switch-12-8

Rekaan

Mengambil ‘iktibar’ dari kepopularan Surface, rekaan dua-dalam-satu yang menggabungkan tablet, ‘kickstand’ dan papan kekunci. Kickstandnya dibuka di belakang tablet dalam bentuk ‘U’ yang panjang.

Di belakang tablet, Acer Alpha Switch menonjolkan logo syarikat di tengah dengan kemasan ala-ala permukaan diberuskan dengan cat berwarna perak di samping kamera 5-megapiksel. .

Skrin depan tablet menonjolkan saiz 12-inci dengan paparan 2160 x 1440 yang bersempadankan bezel yang agak tebal.

Di bawah tablet, tersedia magnet untuk menyantumkannnya dengan papan kekunci.

switch-12-2

Apabila disambungkan dengan papan kekunci, Alpha 12 berukuran 11.5 x 7.9 x 0.6 inci dan jika dibuang ia hanya 0.4-inci saja. Surface Pro 4 bagaimanapun lebih nipis dengan kenipsan 0.4 inci meskipun dicantum dengan papan kekunci.

switch-12-7

Port

Acer Switch Alpha 12 mempunyai jek kombo fon kepala dan mikrofon terletak di sebelah kanan bersama USB3.0, USB Type-C, jek kuasa dan slot mikroSD.

Berbanding kebanyakan tablet hibrid lain di pasaran, Acer dengan Switch Alpha 12 jauh baik. Misalnya Surface Pro 4 yang hanya memiliki port USB tunggal.

switch-12-11

Sistem penyejukan air

Tiada kipas dalam tablet kerana ia tablet hibrid pertama dengan sistem penyejukan air di pasaran. Pesaing lain pula sibuk menggunakan CPU dengan Core M yang kurang kuasanya. Memainkan video strim dengan agak lama memang kurang panas.

Sam cuba sendiri menonton iflix menggunakan Acer Switch Alpha 12 dan mampu melebihi 30 minit dengan sedikit panas pada tablet. Walaupun begitu, anda mungkin tidak merasainya kerana menggunakan papan kekunci atau pad sentuh.

switch-12-16

Paparan

Saiz 12-inci dengan resolusi 2160 x 1440 memang elok sangat. Sam boleh nampak tahap kecerahan yang bagus dan ia sekali gus menghasilkan warna vivid yang agak semulajadi. Secara keseluruhan, warna yang agak ‘warm’ dapat dipamerkan dengan skrinnya.

Ketika saya menonton beberapa siri di iflix, ia jelas menunjukkan paparan warna yang baik dan menaikkan sesuatu visual yang mungkin cuba disampaikan pengarah siri yang Sam tonton. Misalnya Game of Thrones, warna hitam pekat boleh ditonjolkan dengan agak sempurna sehingga jalan ceritanya tepat dengan warna pada skrin.

Panel skrin menghasilkan warna gamut cemerlang pada 101% berbanding 90% pada notebook ultrabook biasa. Ia lebih baik berbanding Surface Pro 4 dengan perbezaan rapat kerana Surface memperoleh peratusan 100%. Manakala Spectre x2 pula di tempat ketiga dengan hanya 72% warna gamut.

Kecerahan Switch Alpha 12 memang menakjubkan kerana ia menjangkau 432-nits yang jauh meninggalkan Surface Pro 4 di tempat kedua dengan 382-nits.

switch-12-14

Papan kekunci dan pad sentuh

Papan kekunci boleh tanggal ini memang selesa ketika menaip. Jarak antara butang boleh tahan dan ia tidak berbunyi kuat.

Sekurang-kurangnya tidaklah mendatangkan bunyi bising ketika menaip laju di tempat awam. Ujian menaip di 10fastfingers.com membolehkan saya menaip hingga hingga 105 patah perkataan dalam masa seminit yang kebiasaannya mungkin sekitar 90 ke 100 dengan anggaran kesilapan menaip kemungkinan 3%.

Pad sentuhnya mungkin sedikit kecil dari aspek diameter tapi bukan masalah besar ketika navigasi. Cuma Sam mungkin sudah biasa dengan tetikus jadi menggunakannya lebih selesa berbanding pad sentuh itu sendiri.

switch-12-3

Audio

Switch Alpha 12 mempunyai dua pembesar suara di depan tetapi bunyinya tidak terlalu kuat. Agak seimbang meskipun anda mungkin menaikkan volum ke tahap maksimum.

Untuk menonton filem atau siri kegemaran, cukup dengan apa yang ada tapi kalau mahu lebih ‘umph!’ pastikan memasangkan bersama pembesar suara tambahan jenis wayarles ataupun pasang saja fon telinga kalau menonton secara berseorangan.

Sam juga perasan tentang perisian HD Audio Manager yang ada di dalamnya bertujuan membantu individu yang kurang arif dengan sambungan antara peranti luar dan laptop 2-dalam-1 ini jadi apa yang anda boleh lakukan hanyalah membiarkan tetapan pada default saja.

Preset yang ada perlu dibiarkan dan tidak perlu diubah.

switch-12-9

Prestasi

CPU Intel Core i5-6200U 2.3GHz, RAM 4GB (3.88GB ruang yang ada) dan SSD 256GB pada konfigurasi Switch Alpha 12 yang Sam uji ini cukup untuk mesin produktiviti.

Kerja biasa dengan memasang Google Chrome (bersama 18 tab serentak) dan 5 dokumen OpenOffice dibuka tidak akan mendatangkan lag. Tambahan pula salah satu tab Chrome dibuka dengan strim video HD.

Switch Alpha 12 memperoleh markah 6,398 dlaam Geekbench 3 untuk prestasi keseluruhan yang sangat tinggi berbanding ultraportable lain yang biasanya sekitar 5,157 saja termasuk dua jenama utama di pasaran sekarang.

switch-12-18

Sam mengambil masa 32 saat untuk memindahkan pelbagai data yang beratnya sekitar 5GB yang kemungkinan agak biasa bagi kebanyakan produk kategori sama.

Tapi jangan mengharap sangat Grafik HD 520 untuk bermain game yang sangat intensif tapi kalau sekadar game kasual memang dah cukup. Setakat Dream League masih boleh tahan lagi tapi kalau Fifa, fuh tak dapat beb!

switch-12-10

Jangka hayat bateri

Agak sedih kerana penggunaan aktif menyebabkan Sam hanya boleh menggunakan laptop hibrid ini selama 5 jam dengan penggunaan aktif pada wifi. Dari aspek itu, ia tewas di tangan beberapa model yang Sam guna sebelum ini seperti Surface Pro 4 atau HP Spectre X2 yang rata-rata boleh digunakan 7 jam minimum.

switch-12-20

Perisian

Beberapa perisian yang sudah dipasang dalam laptop ini biasanya melibatkan utiliti Acer saja yang fokus kepada cloud.

Acer Portal pula membolehkan anda menyusun fail yang dicipta sendiri dalam abFiles atau abPhoto. Recovery Management pula membantu dalam fungsi backup dan memulihkan data manakala Quick Access pula membenarkan akses seperti Bluelight dan kecerahan.

Bagi perisian wajib seperti Microsoft Office pula, ia setakat perisian percubaan selama 30 hari.

Adakah saya patut?

Ya. Cuma perlu tahan dengan jangka hayat bateri.

switch-12-21switch-12-22

Comments

Apa komen anda?