Kawalan menyeluruh di rumah melalui suara dengan Google Home

Share Button

Majlis pengumuman #madebygoogle didominasi oleh produk baru khusus untuk kegunaan di rumah. Google memperkenalkan tiga peranti baru di rumah iaitu Chromecast Ultra, Google Wifi dan juga Google Home.

Chromecast Ultra

madebygoogle-chromecast-ultra-rupa

Memasuki siri ketiga, Google memperkenalkan peranti kompak Chromecast Ultra dalam majlis #madebygoogle hari ini. Seperti Chromecast sebelum ini, Chromecast Ultra merupakan sebuah peranti yang boleh memaparkan kandungan dari telefon pintar ke skrin besar dengan mudah.

Hanya cucuk Chromecast Ultra ke port HDMI di TV LCD atau monitor, dan ia boleh memaparkan kandungan seperti YouTube, Netflix, Spotify dan sebagainya dari telefon pintar ke skrin besar seperti TV.

madebygoogle-chromecast-ultra-sambung-ke-tv

Chromecast Ultra yang baru ini lebih bertenaga. Ia kini boleh memancarkan kandungan sehingga Ultra HD 4K, HDR dan Dolby Vision melalui sambungan wayarles yang lebih pantas. Malah, ia kini menyokong sambungan wayar Ethernet jua, selain Wifi.

Google akan mula menjual Chromecast Ultra di Amerika Syarikat pada bulan November akan datang, pada harga USD69 (~RM286). Untuk perbandingan, Chromecast versi kedua yang berharga USD35 di Amerika Syarikat, dijual di Malaysia pada harga RM200.

Google Wifi

madebygoogle-google-wifi-diperkenal

Router tradisional hanya digunakan untuk aliran data internet. Google mahu mengubahnya dengan pengenalan router keluarannya, Google Wifi. Ia adalah router yang boleh berhubung sesama sendiri, dan memastikan pengguna sentiasa mendapat kelajuan internet yang optimum.

Teknologi pintar pada Google Wifi membolehkannya memilih signal paling tepat, di mana-mana kedudukan pengguna. Malah, ia turut memilih saluran paling sesuai, memastikan tiada gangguan kepada sambungan internet pengguna.

madebygoogle-google-wifi-pilih-signal-automatik

Google Wifi juga memberi kawalan kepada ibubapa. Ia membolehkan akses internet dihadkan untuk penggunaan kanak-kanak, dengan kawalan mudah dari telefon pintar.

Google akan mula membuka tempahan Google Wifi di Amerika Syarikat pada bulan November, dan mula menjualnya pada Disember ini. Harganya bermula dari USD129 (~RM535) untuk 1 set, atau USD299 (~RM1,241) untuk pek 3 set.

Google Home

Pertama kali diperkenalkan di Google I/O 2016 pada bulan Mei lepas, akhirnya ia diumumkan untuk dijual. Google Home merupakan alat kawalan jauh merangkap pembantu peribadi, dalam bentuk pembesar suara.

Google Home diperkasa oleh pembantu baru, Google Assistant. Ia boleh melakukan pelbagai perkara dengan kawalan suara pengguna. Ia boleh berhubung dengan pelbagai peranti termasuk Chromecast, Google Wifi dan telefon pintar Android untuk kawalan tambahan.

madebygoogle-google-home-pembesar-suara

Dengan sambungan internet, ia boleh membuat carian lagu menerusi Youtube, dan memainkannya apabila disuruh. Ia juga boleh memaparkan kandungan Netflix, apabila bersambung ke Chromecast. Malah, ia boleh membuat carian dari koleksi gambar pengguna menerusi Google Photos, dan ditayangkan di skrin besar melalui Chromecast.

Google Home disertakan pembesar suara berkualiti tinggi, dengan badan yang boleh ditukar mengikut kesukaan pengguna. Pelbagai warna dengan kemasan fabrik atau besi boleh dipilih.

madebygoogle-google-home-warna-fabrik-dan-metal

Google Home kini boleh ditempah mulai hari ini di Amerika Syarikat, dan mula dijual pada 4 November 2016 dengan harga USD129 (~RM535).

Gabungan tiga produk di rumah ini, akan memberi lebih banyak kemudahan kepada pengguna. Dengan Google Home, hidup anda akan boleh dikawal dengan lebih mudah.

Apa komen anda?