HP Elite x3 peranti pintar semua-dalam-satu

Share Button

Semua peranti dalam satu produk? Inilah yang cuba dipamerkan oleh HP Malaysia menerusi pelancaran peranti pintar HP Elite x3. Diperkasakan oleh sistem operasi Windows 10, Elite x3 boleh beraksi sebagai komputer biasa, laptop, tablet serta berfungsi penuh sebagai telefon pintar.

HP percaya, Elite x3 adalah peranti terbaik untuk ahli perniagaan yang sering bergerak. Pengguna Elite x3 boleh berubah cara penggunaannya dengan mudah. Melalui fungsi Continuum dalam Windows 10, perubahan ini tidak terasa perbezannya. Semuanya kelihatan sama walaupun dengan saiz skrin berbeza.

pelancaran-hp-elite-x3-atas-dock-tepi-casing-logo-windows-10

HP Elite x3 merupakan sebuah peranti pintar, dengan skrin AMOLED berkelas phablet berukuran 5.96-inci, beserta resolusi super tajam WQHD (2560×1440). Skrin yang besar ini tidak menghalang HP untuk memuatkan Elite x3 dengan fungsi premium telefon pintar.

Dengan menggunakan Desk Dock, Elite x3 boleh ditransformasi menjadi sistem komputer desktop. Desk Dock mengembangkan keupayaan sambungan Elite x3 dari satu USB-C, kepada dua USB-A 3.1, satu DisplayPort, dan satu Gigabit Ethernet. Cucuk monitor, tetikus dan papankekunci di dock ini, maka jadilah Elite x3 sebuah komputer desktop.

pelancaran-hp-elite-x3-desk-dock-tetikus-dan-monitor

HP turut menyediakan aksesori yang dipanggil Lap Dock. Ia kelihatan seperti sebuah laptop, tetapi tiada kuasa pemproses dan storan di dalam. Ia hanya boleh berfungsi, apabila disambungkan ke Elite x3 sahaja. Skrinnya berukuran 12.5-inci HD, dengan berat keseluruhan sekitar 1kg sahaja.

pelancaran-hp-elite-x3-lap-dock-usb-c-continuum

Elite x3 sememangnya peranti yang perkasa, terutama apabila menjadi komputer desktop atau laptop. Ia dikuasakan pemproses Snapdragon 820, 4GB RAM dan 64GB storan dalaman. Ia menyokong dua kad sim 4G, dan berkongsi slot kedua dengan kad memori mikroSD sehingga 2TB.

Peranti pintar ini juga tahan lasak, mendapat pengiktirafan standard tentera MIL-STD 810G, serta kalis air dan debu IP67. Ia diperteguh lagi dengan sistem keselamatan biometrik, menggunakan pengimbasan capjari atau retina (mata).

pelancaran-hp-elite-x3-dalam-tangan-tepi-dock

Tenaganya dibekalkan menerusi bateri besar berkapasiti 4,150mAh, yang boleh dicas pantas menggunakan teknologi Qualcomm Quick Charge 3.0, melalui sambungan USB-C. Ia juga menyokong pengecasan wayarles menerusi standard Qi dan PMA.

Peranti pintar pelbagai guna Elite x3 ini akan mula dijual di Malaysia pada penghujung bulan Oktober ini. Harga jualannya beserta aksesori adalah seperti berikut:

HP Elite x3 sahaja – RM3,399
HP Elite x3 + Fon Kepala – RM3,499
HP Elite x3 + Desk Dock – RM3,599
HP Elite x3 + Lap Dock – RM5,299
HP Elite x3 + Desk Dock + Lap Dock – RM5,799
Lap Dock sahaja – RM2,649

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Elite x3 HP Malaysia.

Trackbacks

  1. […] Padfone telah meneroka konsep ini sejak 2012 tetapi seperti tak berjaya menambat hati pengguna. HP Elite x3 adalah wakil Windows yang turut mencubanya dengan fungsi Continuum. Hal ini kerana kitaran […]

  2. […] Padfone telah meneroka konsep ini sejak 2012 tetapi seperti tak berjaya menambat hati pengguna. HP Elite x3 adalah wakil Windows yang turut mencubanya dengan fungsi Continuum. Hal ini kerana kitaran […]

Apa komen anda?