Apple Watch Series 2 dijual di Malaysia selepas iPhone 7

Share Button

Anda dah tempah iPhone 7, dan kini mencari rakan yang sesuai untuknya? Pasti jam pintar terbaru Apple yang dinamakan Apple Watch Series 2 menarik minat anda. Lebih baik lagi, ia telah diumumkan akan tiba di Malaysia tidak lama lagi, iaitu pada 21 Oktober 2016.

Selain Apple Watch Series 2, model lama yang dinaik taraf prestasinya iaitu Apple Watch Series 1 turut akan tiba bersama. Kedua-dua model jam pintar Apple ini dilancarkan bersama-sama iPhone 7 pada September lepas.

apple-watch-series-2-kalis-air-ip67

Jam pintar Apple Watch Series 2 menerima banyak naik taraf, antaranya kalis air sehingga 50 meter dalam. Ia juga kini memiliki GPS terbina di dalam, membolehkannya berfungsi mengesan lokasi tanpa perlukan telefon pintar dibawa bersama.

Prestasi jam pintar ini dipertingkat dengan pemproses dwi-teras baru, cip S2. Ia juga dipasang dengan skrin OLED yang lebih cerah agar lebih mudah dilihat di bawah terik mentari, dengan tahap kecerahan sehingga 1,000 nits.

Apple turut menjadikan Apple Watch lebih mampu milik, dengan menaik taraf model lama Apple Watch menjadi Apple Watch Series 1. Ia diberi kuasa pemproses baru, cip S1p dwi-teras yang tidak memiliki pengesan GPS. Lain-lain padanya adalah sama seperti model lama Apple Watch, bermakna ia hanya kalis percikan dan tidak boleh dibawa masuk ke dalam air.

apple-watch-series-2-ceramic-white-depan-belakang

Untuk model terbaru Series 2, Apple tidak lagi menggunakan emas untuk Apple Watch Edition. Sebaliknya Apple memperkenalkan kemasan baru, versi seramik putih yang lebih tahan calar dan tahan lasak.

Harga Apple Watch Series 1 dan 2 yang akan dijual di Malaysia adalah seperti berikut:

Apple Watch Series 1
Aluminium + Sport Band/Woven Nylon 38mm – RM1,199
Aluminium + Sport Band/Woven Nylon 42mm – RM1,299

 

Apple Watch Series 2
Aluminium + Sport Band/Woven Nylon 38mm – RM1,649
Aluminium + Sport Band/Woven Nylon 42mm – RM1,749
Stainless Steel + Sport Band/Woven Nylon 38mm – RM2,499
Stainless Steel + Sport Band/Woven Nylon 42mm – RM2,749
Stainless Steel + Saddle Brown Classic Buckle 38mm – RM2,999
Stainless Steel + Saddle Brown Classic Buckle 42mm – RM3,249
Stainless Steel + Midnight Blue Modern Buckle 38mm – RM3,499
Stainless Steel + Midnight Blue Leather Loop 42mm – RM3,249
Stainless Steel + Milanese Loop 38mm – RM2,999
Stainless Steel + Milanese Loop 42mm – RM3,249
Black Stainless Steel + Black Milanese Loop 38mm – RM3,249
Black Stainless Steel + Black Milanese Loop 42mm – RM3,449
Stainless Steel + Link Bracelet 38mm – RM4,299
Stainless Steel + Link Bracelet 42mm – RM4,549
Black Stainless Steel + Black Link Bracelet 38mm – RM4,799
Black Stainless Steel + Black Link Bracelet 42mm – RM5,049

 

Apple Watch Nike+ (Series 2)
Aluminum + Nike Sport Band 38mm – RM1,649
Aluminum + Nike Sport Band 42mm – RM1,749

 

Apple Watch Edition (Series 2)
Ceramic + Sport Band 38mm – RM5,699
Ceramic + Sport Band 42mm – RM5,949

barisan-apple-watch-series-2-terbaru

Jika anda mahukan jam Apple Watch yang lebih murah, boleh cuba dapatkan stok lama Apple Watch yang dijual dari serendah RM899, serta versi Stainless Steel dengan lebih banyak diskaun. Bagaimanapun, stok sangat terhad kerana ia tidak lagi dihasilkan.

[SUMBER: 1, 2]

Apa komen anda?