Apple tidak mahu lancar model baru Macbook Air

Share Button

Macbook Air merupakan pemula trend laptop nipis yang muat dimasukkan ke dalam sampul surat. Tetapi selepas memperkenalkan Macbook Pro yang baru ini, Tim Cook menyatakan tiada pula Macbook Air yang baru akan diperkenal. Ini kerana Macbook Pro yang baru ini, adalah lebih nipis dan ringan dari Macbook Air sedia.

Dari situ, Apple mengambil jalan mudah dengan memperkenalkan Macbook Pro 13 yang tidak memiliki skrin sentuh Touch Bar. Dengan meletakkan semula butang Fn pada Macbook Pro 13 terbaru, Apple telah berjaya mencipta laptop berkuasa baru pada harga lebih rendah.

macbook-pro-13-tanpa-touch-bar-pandangan-atas-kelabu

Macbook Pro 13 tanpa Touch Bar ini mempunyai ketebalan hanya 1.49cm, lebih nipis dari Macbook Air yang setebal 1.7cm. Ia juga lebih perkasa dengan pemproses lebih baru serta paparan retina yang lebih tajam dari Macbook Air.

Walaupun memiliki badan yang sama, Macbook Pro 13 tanpa Touch Bar ini hanya diberikan dua port Thunderbolt 3. Malah, pemprosesnya juga lebih perlahan dari dari model Touch Bar, tetapi masih dalam kelas Core i5.

macbook-pro-2016-dilancar-spec-macbook-pro-13-biasa

Kini pengguna mempunyai pilihan laptop nipis yang baru. Tetapi ia bukan lagi dinamakan Air, sebaliknya dengan nama lebih berkuasa Pro.

Macbook Pro 13 tanpa Touch Bar ini telah mula disiarkan di lamanweb Apple Malaysia, dengan harga jualan bermula dari RM6,299. Dua warna sedia dipilih, antara Perak dan Kelabu. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb Apple Macbook Pro.

macbook-pro-2016-dilancar-spec-macbook-pro-13-dan-luar-biasa

Apa komen anda?