Apple benar-benar buang butang FN di Macbook Pro baru

Share Button

Selepas beberapa tahun, Apple akhirnya melancarkan model terbaru untuk laptop terhebat mereka. Macbook Pro. Ia diperkenalkan dalam dua saiz skrin, 13-inci dan 15-inci. Dan ia tiada lagi barisan butang Fn, di bahagian teratas papankekunci.

Sebenarnya ia bukan dibuang, tetapi ditransformasi menjadi sebuah skrin sentuh, yang boleh bertindak seperti butang. Dengan skrin sentuh yang dipanggil Touch Bar ini, ia boleh berubah menjadi pelbagai butang mengikut aplikasi yang digunakan, termasuklah mengembalikan butang Fn.

Sebagai contoh, jika membuka pelayar Safari, ia akan memaparkan butang Favourite. Atau dibuka pemain video, Touch Bar boleh menjadi alat kawalan pemain.

Di hujung kanan Touch Bar ini, Apple turut menambah pengimbas cap jari‎ yang dipanggil Touch ID. Ya, sama seperti di iPhone. Dengan Touch ID, pengguna boleh mengunakannya sebagai pengesahan bayaran Apple Pay.

macbook-pro-2016-dilancar-touch-id

Apple memuatkan perkakas terbaik di dalam Macbook Pro. Ia menggunakan pemproses Intel Core i7‎ bagi Macbook PRo 15, dan Core i5 bagi Macbook Pro 13. Ia disertakan RAM bermula dari 8GB, bersama storan SSD super pantas sehingga 2TB besarnya. Pembesar suaranya turut dibentuk menghasilkan bunyi lebih baik.

Nampak sangat berkuasa, tetapi Apple turut berjaya menjadikan badan Macbook Pro ini lebih kecil, lebih nipis dan lebih ringan dari model sebelum ini. Malah, ia lebih nipis dari Macbook Air. Papankekunci pula menggunakan teknologi Butterfly 2 yang lebih responsif, bersama papan sentuh dua kali ganda besar yang dibina bersama sentuhan tekanan, Force Touch.

macbook-pro-2016-port-thunderbolt-3

Berbanding Macbook 12, Apple kali ini memuatkan 4 port sambungan Thunderbolt 3. Tetapi tiada langsung port lain. Semua port Thunderbolt 3 ini dinyatakan boleh digunakan sebagai bekalan kuasa, sambungan ke monitor, akses ke storan luar sepantas kilat dan banyak lagi.

‎Macbook Pro yang baru ini telah disenaraikan di lamanweb Apple Malaysia, dan boleh mula ditempah hari ini. Tetapi ia dijangka dihantar dalam 6 ke 8 minggu lagi. Harga bagi Macbook Pro 13 bermula dari RM7,599. Manakala Macbook Pro 15 pula bermula dari RM10,199. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb Apple Macbook Pro.

Trackbacks

  1. […] Air merupakan pemula trend laptop nipis yang muat dimasukkan ke dalam sampul surat. Tetapi selepas memperkenalkan Macbook Pro yang baru ini, Tim Cook menyatakan tiada pula Macbook Air yang baru akan diperkenal. Ini kerana […]

Apa komen anda?