ZTE Axon 7 tiba memperkasa jelajah ZTE Malaysia

Share Button

Mahu membawa revolusi dalam pengalaman audio mudahalih, membawakan telefon pintar ZTE Axon 7 ke Malaysia. Hari ini, Axon 7 dilancarkan bersama jelajah ZTE ke seluruh Malaysia.

Axon 7 merupakan telefon pintar kelas utama, dikuasakan CPU terbaik dari Qualcomm iaitu Snapdragon 820. Ia turut dibekalkan 4GB RAM bersama 64GB storan, membuktikan ia adalah peranti premium.

ZTE Axon 7 - depan atas rumput

Badan besi unibodi, dua pembesar suara stereo di depan dan penggunaan USB-C untuk pengecasan, menambahkan lagi fungsi premium padanya. Malah, sistem bunyinya diangkat lebih tinggi dengan penyertaan Dolby Atmos & Dolby Digital di dalam.

Axon 7 memiliki bateri 3,250mAh yang disertakan pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0, tidak perlu menunggu lama untuk berjalan semula. Ia turut dibina bersama pengimbas capjari di belakang, untuk fungsi keselamatan lebih ketat.

ZTE Axon 7 - belakang dinding putih

Bahagian kamera turut meletakkan Axon 7 di kelas teratas. Ia memiliki sensor 20MP f/1.8 di belakang, bergabung dengan penstabil imej optikal (OIS) dan elektronik (EIS) serta dwi-tona LED Flash. Kamera selfie pula dirakam pada resolusi 8MP.

ZTE menjadikan pembeli Axon 7 sebagai VIP, dengan memberikan servis lepas jualan tambahan. Pembeli Axon 7 akan menerima jaminan tambahan dilanjutkan kepada 2 tahun, 1 kali gantian skrin dalam masa 6 bulan dan juga satu kali kos membaiki terhadap kerosakan disebabkan air.

ZTE Axon 7 - dua pembesar suara dolby atmos

Telefon pintar ZTE Axon 7 yang hebat ini boleh dimiliki di Malaysia pada harga RM1,999. Ia akan mula dijual pada 13 September 2016. Tetapi tempahan kini dibuka di Lazada Malaysia sehingga 10 September, dengan tawaran set kepala ZTE VR bernilai RM399, percuma untuk 30 pembeli pertama.

Dua warna sedia dipilih, antara Emas Ion & Kelabu Kuarza. Buat masa ini hanya warna Emas Ion boleh dibeli, dengan warna Kelabu Kuarza mula dijual pada Oktober kelak.‎

Pelancaran ZTE Axon 7 - lori jelajah ZteTourMy

Majlis hari ini turut melancarkan jelajah ZTE Tour ke seluruh Malaysia, memberi peluang orang ramai melihat peranti ZTE dengan lebih dekat. Jadual jelajah dan lokasi boleh dirujuk di Facebook ZTE Malaysia.

Apa komen anda?