Yes! ada jual Mi Max

Share Button

Mi Max telah mula dijual di Malaysia sejak 3 September lepas. Tetapi ia tidak dijual dalam talian di lamanweb Mi Malaysia, sebaliknya diedarkan oleh Thorus dan boleh didapati di beberapa kedai dan syarikat telekomunikasi.

Salah satu telko yang menjual Mi Max adalah Yes. Mereka menawarkan Mi Max pada harga runcit RM999 termasuk GST, tetapi memberikan hadiah percuma berupa pek permulaan prabayar Yes 4G dan tambah nilai RM30.

Mi Max di Yes 4G - RM999 percuma kad prabayar

Mi Max merupakan telefon pintar paling besar dari Xiaomi. Skrinnya berukuran 6.44-inci HD Penuh, dengan bateri sebesar 4,850mAh. Ia turut memiliki pengimbas capjari yang terletak di belakang.

Mi Max dikuasakan pemproses Snapdragon 650 6-teras, 3GB RAM dan 32GB storan. Hanya model ini dijual di Malaysia. Perkakas ini setaraf dengan apa yang terdapat di dalam Redmi Note 3.

Mi Max memiliki kamera belakang 16MP f/2.0 beserta kamera depan 5MP f/2.0. Ia memiliki dua slot kad sim tetapi tiada ruang untuk kad mikroSD. Paling utama, ia menyokong rangkaian Yes 4G yang menggunakan teknologi TDD-LTE.

Jika anda berminat untuk mendapatkan telefon pintar terbaru Xiaomi ini, cawangan Yes merupakan salah satu tempat untuk membelinya. Jangan lupa untuk mendapatkan pek permulaan prabayar Yes 4G dan juga tambah nilai RM30. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb Yes 4G.

Mi Max di Yes 4G - kad prabayar Datafi

Apa komen anda?