Xiaomi mahu perkenal telefon kecil di Malaysia

Share Button

Mi Malaysia baru sahaja mula menjual telefon pintar Mi Max awal bulan ini. Kini di Facebook Mi Malaysia, mereka memaparkan gambar teaser tentang sebuah telefon pintar baru. Ia akan diumumkan esok, 15 September jam 12 tengah hari.

Gambar tersebut memaparkan kamera belakang, pengimbas capjari, badan besi premium dan bateri 4,100mAh. Dari semua maklumat ini, tidak salah lagi dikatakan ia adalah si cilik Redmi 3.

Kalau Mi fans power, apakah produk Mi ini? Nantikan jawapannya pada 15 September 2016, 12PM.

Posted by Mi Malaysia on Wednesday, September 14, 2016

Redmi 3 pertama kali diperkenalkan kepada umum pada Januari tahun ini. Selepas 8 bulan, nampaknya ia akan mendarat di Malaysia. Di India, ia baru sahaja dilancarkan bulan lepas, tetapi dikenali sebagai Redmi 3S.

Redmi 3S di India memiliki badan besi dengan skrin 5-inci HD, kamera belakang 13MP f/2.0 dan kamera depan 5MP f/2.2. Ia menggunakan pemproses Snapdragon 430 8-teras, bersama 2GB RAM dan 16GB storan. Baterinya pula 4,100mAh.

Ciri-ciri tadi menepati apa yang digambarkan oleh Mi Malaysia, kecuali pengimbas capjari. Ini kerana terdapat satu lagi versi yang dijual di India, yang digelar Redmi 3S Prime.

teaser-mi-malaysia-redmi-3-emas-depan-belakang-sisi

Redmi 3S Prime memiliki spesifikasi yang hampir sama dengan Redmi 3S, melainkan RAM 3GB, storan dalaman 32GB dan pengimbas capjari di belakang. Selain itu, kedua-dua versi menyokong dua kad sim 4G LTE hibrid, yang berkongsi tempat dengan kad mikroSD.

Di India, Redmi 3S dan Redmi 3S Prime dijual dalam jualan kilat dengan unit terhad. Redmi 3S berharga Rupee 6,999 (~RM432), manakala Redmi 3S Prime pula berharga Rupee 8,999 (~RM555).

Tetapi di Malaysia, Xiaomi kelihatan seperti sudah menghentikan jualan dalam talian, dan beralih kepada pengedaran di kedai. Ini dapat dilihat dalam jualan Mi 5 dan Mi Max.

Adakah Redmi 3 juga tidak akan dijual Mi Malaysia dalam talian lagi? Sama-sama kita nantikan esok.

Apa komen anda?