Tiket ESL One Genting 2017 mula dijual minggu depan

Share Button

Peminat tegar permainan Dota 2 pastinya tidak asing lagi dengan nama ESL One. Salah satu pertandingan Dota 2 terbesar ini, akan memulakan jelajah 2017 dengan lokasi pertamanya di Genting Highland. Hari ini, harga dan tarikh jualan tiket telah diumumkan.

Pertandingan Dota 2, ESL One Genting akan berlangsung pada 6-8 Januari 2017 di Arena of Stars di Resort World Genting. Bagi peminat yang mahu menontonnya secara langsung, mereka boleh membeli tiket masuk untuk menonton pertandingan berprestij ini. Terdapat tiga tarikh jualan tiket iaitu pada 6 Oktober, diikuti 21 Oktober dan akhir sekali 18 November. Dan harga tiket ini akan meningkat setiap hari.

Terdapat tiga jenis tiket ditawarkan untuk penonton ESL One Genting ini, yang dijual menerusi lamanweb. Tiket biasa (Regular) memberi akses selama 3 hari pertandingan di ruang duduk terbuka, serta peluang ke sesi autograf bersama pemain.

kedudukan-kerusi-mengikut-tiket-esl-one-genting-2017

Tiket Plus pula selain tawaran sama seperti tiket biasa, turut akan menerima beg berisi cenderahati eksklusif, Insignia komemoratif, pelapik tikus ESL ONe Genting, serta Lencana Plus beserta rantai kunci khas.

Tiket paling mahal pula, VIP menerima semua tawaran Plus melainkan Lencana VIP, kedudukan paling hampir dengan pentas serta laluan pemain, minuman percuma, makan dua kali sehari, serta akses keutamaan ke sesi autograf bersama pemain.

Senarai harga dan tarikh jualan adalah seperti berikut.

tarikh-dan-harga-jualan-tiket-esl-one-genting-2017

Jadi, jika anda berminat untuk menonton pertandingan Dota 2 ESL One Genting 2017 secara langsung, dapatkan tiket seawal mungkin untuk mengelakkan dari membayar lebih. Tiket yang dijual juga pastinya terhad, jadi pastikan anda bersedia lebih awal sebelum jualan mula dibuka nanti. Maklumat lanjut boleh dirujuk di lamanweb ESL One Genting.

Apa komen anda?