Stor pertama ASUS ROG di Malaysia sediakan laptop GX800 untuk dipandu uji

Share Button

ASUS Malaysia hari ini berbangga dengan pelancaran stor Republic of Gamers (RoG) yang pertama di Malaysia. Stor ASUS ROG ini dibuka di Plaza Low Yat (Lot G023B), dan diuruskan oleh Brightstar Gaming Sdn Bhd.

Stor ASUS ROG yang dibuka di tingkat bawah Plaza Low Yat ini, menyediakan laptop dan perkakas terkini keluaran ASUS ROG. Pengunjung boleh mencuba sendiri semua produk terkini ASUS ROG di stor ini, sebelum membelinya.

pelancaran-stor-asus-rog-low-yat-pandu-uji-dalam-stor

Paling menarik, stor ini turut menampilkan laptop terhebat ASUS, ROG GX800. Laptop ROG GX800 ini pertama kali diperkenalkan di pameran Computer 2016 di Taiwan, dan ia merupakan versi kemaskini dari ROX GX700.

Perkara unik pada laptop GX800 adalah sistem penyejukan cecair yang boleh dicabut dari laptop. Laptop GX800 bersama bateri sahaja sudah seberat 5.7kg. Manakala sistem penyejukannya pula seberat 4.7kg, menjadikan gabungan kedua-duanya menjadi 10.4kg. Sangat berat untuk dipikul tetapi usah risau, kerana ia datang bersama beg bagasi beroda.

pelancaran-stor-asus-rog-low-yat-laptop-gx800-penuh-depan-dan-tetikus

Antara perkara baru di GX800 berbanding GX700 adalah penggunaan CPU lebih perkasa, Intel Core i7-6820HK yang boleh dipaksa kelajuannya sehingga 4.4GHz. Grafik pula dibekalkan oleh NVIDIA menggunakan dua kad berkuasa Pascal, GeForce GTX1080 dengan 8GB GDDR5X dalam mod SLI.

Memori pula boleh dimuatkan sehingga 64GB menggunakan 4 batang RAM 16GB DDR4. Untuk storan, terdapat 3 slot M.2 PCIe3.0 x4 yang boleh ditetapkan dalam mod RAID0. ASUS melengkapkan 3x storan SSD Samsung SM950 512GB di dalam GX800.

pelancaran-stor-asus-rog-low-yat-laptop-gx800-dan-gx700-alat-penyejuk

Skrin GX800 kini lebih besar, berukuran 18.4-inci dengan resolusi super tajam Ultra HD 4K (3840×2160), menggunakan paparan IPS dan dilengkapi teknologi NVIDIA G-SYNC.

Satu lagi tambahan baru di dalam GX800 adalah penggunaan papan kekunci MechTAG. Ia adalah papankekunci mekanikal dengan teknologi ciptaan ASUS sendiri. Papankekunci ini mempunyai lampu RGB, dengan kekunci AWSD dilabel dengan lebih jelas.

pelancaran-stor-asus-rog-low-yat-laptop-gx800-papankekunci-mechtag

ASUS Malaysia menyatakan laptop ROG GX800 masih belum dijual di Malaysia. Bagaimanapun, ia akan tiba tidak lama lagi, dan boleh ditempah menerusi stor ASUS ROG di Plaza Low Yat ini. Harganya juga masih belum ditetapkan, tetapi kami jangka ia akan melebihi RM20,000. ROG GX800 akan datang bersama beg bagasi untuk memuatkan laptop dan unit penyejuk, serta beg belakang yang boleh memuatkan laptop sahaja.

Dengan ketibaan GX800, ia menjadikan GX700 lebih murah. Brightstar Gaming kini menawarkan laptop ROG GX700 dengan diskaun RM4,000 dari harga asal, menjadikannya RM14,999 sahaja. Maklumat lanjut tentangnya boleh didapati di Facebook Gaming Brightstar.

pelancaran-stor-asus-rog-low-yat-bergambar-depan-stor pelancaran-stor-asus-rog-low-yat-suasana-dalam-stor-002 pelancaran-stor-asus-rog-low-yat-suasana-dalam-stor-001 pelancaran-stor-asus-rog-low-yat-kad-grafik-dan-papan-induk pelancaran-stor-asus-rog-low-yat-penjualan-aksesori-rog pelancaran-stor-asus-rog-low-yat-pelancaran-bersama-tarian-singa pelancaran-stor-asus-rog-low-yat-laptop-gx800-dan-gx700-depan pelancaran-stor-asus-rog-low-yat-sistem-penyejukan-cecair-gx800-di-belakang pelancaran-stor-asus-rog-low-yat-sistem-penyejukan-cecair-gx800

Apa komen anda?