RM39,000 menanti di pertandingan Dota Lah! anjuran Astro eGG Network

Share Button

Astro terus menunjukkan sokongan mereka kepada eSukan, apabila menganjurkan pertandingan Dota 2 pertama mereka, menerusi eGG Network. eGG Network merupakan saluran eSukan 24/7 yang menyiarkan pelbagai berita berkenaan eSport secara langsung dan terkini.

eGG Network akan menganjurkan pertandingan Dota 2 yang diberi nama Dota Lah!. Ia akan dianjurkan selama 3 musim, dengan musim pertama akan berjalan dari 19 November sehingga 16 Oktober. Hadiah terkumpul yang disediakan berjumlah RM39,000 sepanjang tiga musim pertandingan.

Pendaftaran musim pertama Dota Lah! dibuka sekarang sehingga 16 September 2016. Pendaftaran ini terbuka kepada 512 pasukan yang bermain di server Asia Tenggara sahaja, jadi terhad kepada siapa cepat dia dapat. Pendaftaran boleh dibuat di sini.

Empat pasukan teratas dari musim pertama akan dipilih untuk bertanding di pusingan akhir, yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Oktober 2016. Sebagai penganjur rasmi, eGG Network akan menyiarkan semua pertandingan Dota Lah! bermula dari pusingan 16 pasukan dan seterusnya, menerusi Twitch eGG Network.

Apa lagi pemain Dota 2, segera sertai pertandigan Dota Lah! ini sebagai batu loncatan untuk mengembangkan karier eSukan anda. Daftar Dota Lah! sekarang di sini.

pertandingan-astro-egg-network-dota-2-dota-lah-jumlah-hadiah

Apa komen anda?