Perkara Besar Akan Datang Adalah Kereta Tanpa Pemandu

Share Button

Salah satu teknologi yang hangat diperkatakan untuk tahun ini adalah kereta berautonomi, atau kereta berpemanduan sendiri, atau lebih mudah lagi, kereta tanpa pemandu. Ia sering menghiasi dada akhbar dan laman berita, kerana dikatakan inovasi terbesar di masa terdekat.

Banyak pengeluar kereta memperkenalkan satu demi satu, ciptaan kereta berautonomi mereka. Gergasi internet Google misalnya, telah pun menjalankan beberapa ujian kereta tanpa pemandu di Amerika Syarikat.

Uber pula setelah mengambil alih syarikat Otto yang membangunkan trak berautonomi, kini telah pun melancarkan perkhidmatan mereka menggunakan kereta berautonomi di Pittsburgh, Amerika Syarikat.

Salah satu pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors pula dalam diam mengambil alih syarikat Cruise Automation yang berpangkalan di San Francisco. Cruise Automation menghasilkan perkakas yang boleh dipasang di mana-mana kereta, untuk menjadikannya berautonomi.

Kebanyakan teknologi kereta berautonomi ini, digerakkan oleh QNX, sebuah sistem operasi (OS) milik BlackBerry yang terdapat di pelbagai perkakas hiburan mahupun pengangkutan.

Thomas Bloor, Pengurus Pembangunan Perniagaan Automotif, QNX Software Systems Limited, sebuah subsidiari BlackBerry Limited menyatakan, hanya QNX menerima pengiktirafan keselamatan OS, ISO26262. Kod sistem QNX adalah mikrokernel yang stabil, serasi POSIX dan bebas gelembung kod yang sering menghantui OS lain.

kereta-pintar-tanpa-pemandu-dikuasakan-blackberry-qnx

QNX sangat fleksibel dan boleh diubahsuai mengikut keperluan. Ia juga boleh dibuat ujian R&D dan menghasilkan proses prototaip pantas di atas sistem Linux. Ini menjadikan masa dari pembangunan sehingga pemasaran sangat pendak, sekaligus menjimatkan masa dan wang ringgit.

Sistem QNX kini terdapat di kokpit digital penerbangan, dan juga sistem kereta berautonomi yang sangat popular sekarang. Ia bukan sahaja menjadikan kenderaan lebih pintar, tetapi memastikan penggunannya selamat, terjamin dan boleh dipercayai.

Ini meletakkan QNX sebagai OS pilihan di dalam kenderaan pintar, sekaligus menjadi asas kepada ‘Perkara Besar Akan Datang’.

[SUMBER]

Apa komen anda?