Pelancaran honor 8 lebih kelas bergaya

Share Button

Honor Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar kelas utama serba baru, Honor 8. Ia menampilkan rupa premium, dengan perkakas berkuasa tinggi dan paling utama, disertakan dua lensa kamera.

Malaysia merupakan salah satu lokasi terawal menerima Honor 8. Terdapat dua variasi Honor 8 dijual di Malaysia. Variasi storan 32GB berharga RM1,699 dengan pilihan warna Hitam atau Putih. Manakala storan 64GB berharga RM1,899 dengan warna di antara Biru dan Emas.

Selain jaminan peranti 12-bulan, honor Malaysia turut memberikan gantian peranti satu-ke-satu sepanjang tempoh jaminan. Sebagai bonus, pembelian Honor 8 juga diberi jaminan gantian skrin dalam 3 bulan pertama.

Honor 8 merupakan rekaan premium serba baru buat honor. Ia menampilkan warna yang sangat berkilauan, diselaputi kaca di depan dan belakang telefon. Paling istimewa, pastinya warna biru nilam.

pelancaran honor 8 Malaysia - biru belakang banner

Satu lagi tarikan utama Honor 8 adalah kamera dwi lensa di belakang, seperti yang terdapat di Huawei P9. Ia merupakan gabungan lensa monokrom & warna 12MP, bagi menghasilkan gambar lebih jelas, teliti dan bertenaga. Bagaiamnapun, tiada cap Leica pada kamera Honor 8 ini.

Kuasa Honor juga tidak boleh dipandang rendah. Ia mengunakan CPU Kirin 950 yang perkasa, digabungkan dengan 4GB RAM dan pilihan storan antara 32GB atau 64GB. Slot mikroSD tersedia untuk memori tambahan.

pelancaran honor 8 Malaysia - depan emas

Honor 8 juga merupakan peranti pertama honor dilengkapi sambungan USB-C. Ia digunakan untuk penghantaran data serta mengecas pantas bateri 3,000mAh padanya, melalui pengecas pantas 9V/2A.

Jika anda sudah jatuh hati dengan Honor 8 ini, ia boleh mula dimiliki bermula 8 September 2016. Selain di laman Vmall.my, Honor 8 turut boleh dibeli di Lazada Malaysia, SenHeng dan juga DirectD.

pelancaran honor 8 Malaysia - model peraga warna warni honor 8

Trackbacks

  1. […] majlis pelancaran Honor 8, honor Malaysia turut memperkenalkan satu lagi telefon pintar yang lebih mampumilik. […]

Apa komen anda?