Mi Max dijangka mendarat di Malaysia Sabtu ini

Share Button

Sudah agak lama Mi Malaysia menyepi dari produk baru, tetapi hari ini mereka membuat kejutan apabile mengumumkan penjualan telefon pintar Mi Max di Malaysia. Bermula pada Sabtu ini, 3 September 2016, rakyat Malaysia boleh membeli set rasmi Mi Max.

Seperti penjualan Mi 5, Mi Max juga tidak akan dijual di lamanweb Mi Malaysia. Sebaliknya ia diedarkan oleh Thorus dan Lazada, serta rakan telko iaitu Celcom dan Yes, bermula 3 September ini. Harga jualannya pula, RM999 sahaja termasuk GST.

Mi Max datang dengan skrin gergasi 6.44-inci beresolusi HD Penuh. Ia turut dibekalkan bateri besar berkapasiti 4,850mAh untuk penggunaan sepanjang hari, bersama pengecas 5V/2A.

paparan Mi Max vs Mi 4 - video

Untuk Malaysia, hanya satu jenis Mi Max yang akan dijual. Ia adalah versi yang menjalankan CPU Snapdragon 650 6-teras, 3GB RAM dan 32GB storan. Ia juga memiliki slot kad mikroSD untuk memori tambahan, pertama kali ada di peranti yang menggunakan nama Mi. Untuk perbandingan, Mi Max jenis lebih atas dibekalkan CPU Snapdragon 652 8-teras, 4GB RAM & 128GB storan.

Kamera Mi Max menggunakan sensor 16MP f/2.0 di belakang, bersama dwi-tona LED Flash dan autofokus pengesanan fasa (PDAF). Kamera depan pula memiliki lensa lebar 85-darjah dengan sensor 5MP f/2.0.

Mi Max Malaysia - spec dan harga

Mi Max menyokong dua kad sim aktif sepanjang masa, satu bersaiz nano dan satu lagi bersaiz mikro. Kedua-duanya menyokong rangkaian 4G, tetapi hanya satu 4G sahaja yang aktif pada satu masa. Jika anda tertanya-tanya, Mi Max telah diiktiraf serasi dengan rangkaian Yes 4G yang menggunakan band TDD-LTE.

Mi Max akan boleh dibeli dengan dua pilihan warna: Perak atau Emas. Ia menjalankan sistem operasi MIUI 7, tetapi bakal menerima kemaskini MIUI 8 dalam masa terdekat. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Mi Max Malaysia.

Trackbacks

  1. […] Max telah mula dijual di Malaysia sejak 3 September lepas. Tetapi ia tidak dijual dalam talian di lamanweb Mi Malaysia, […]

Apa komen anda?