Jadi yang pertama miliki iPhone 7 di Malaysia

Share Button

Telefon pintar terbaru Apple baru dilancarkan minggu lepas. Seperti biasa, Malaysia tiada dalam senarai jualan gelombang pertama atau kedua. Tapi usah risau, set import pasti akan tiba dengan pantas, dan sebenarnya telah pun muncul.

11street, salah satu laman e-dagang terkemuka di Malaysia telah mula menyenaraikan tempahan iPhone 7. Tempahan ini dibuka bermula hari ini, dan dijangka akan dihantar bermula 28 September 2016.

Terdapat beberapa penjual di 11street yang menawarkan tempahan iPhone 7 ini. Tetapi, harganya pasti jauh lebih premium untuk mereka yang mahu menjadi yang terawal memilikinya.

pratempah-iphone-7-di-11street-001

Dari senarai yang kami dapat lihat, harga iPhone 7 di 11street ini bermula dari:

iPhone 7 (Perak/Emas/Emas Ros/Hitam) 32GB – RM3,899
iPhone 7 (Perak/Emas/Emas Ros/Hitam) 128GB – RM4,399
iPhone 7 (Perak/Emas/Emas Ros/Hitam) 256GB – RM4,799
iPhone 7 (Jet Black) 128GB – RM4,799
iPhone 7 (Jet Black) 256GB – RM5,199

Sudah pasti iPhone 7 yang dijual ini adalah set import luar negara, dan tiada jaminan dari Apple Malaysia. Bagaimanapun, ia dijamin selama setahun oleh penjual itu sendiri.

Buat masa ini, tiada lagi iPhone 7 Plus kelihatan disenaraikan di 11street. Jika anda mahu jadi yang pertama memiliki iPhone 7 di Malaysia, jangan berlengah lagi dan terus ke laman iPhone 7 di 11street.

Apa komen anda?