Internet Burung Hantu kembali menghantui Xpax Turbo

Share Button

Prabayar Xpax oleh Celcom, hari ini dilahirkan semula dengan rupa serba baru. Selain logo yang baru, ia juga menerima nama baru dan kini dikenali sebagai Xpax Turbo. Perkara paling menarik di Xpax Turbo adalah kembalinya Internet Burung Hantu PERCUMA.

Xpax Turbo turut membawa beberapa pembaharuan berbanding pelan Magik SIM yang lama. Antaranya tiada lagi data berbaki dibawa ke depan, digantikan dengan Internet Burung Hantu sehingga 10GB sebulan. Bagaimanapun, kuota Internet Burung Hantu ini dipecahkan secara harian, sebanyak 333MB sehari. Menjadikan jumlah 30 hari kepada 10GB.

Pelancaran Xpax Turbo - internet terbaik di prabayar

Mungkin ada yang masih tidak mengenali Internet Burung Hantu. Ia adalah kuota internet yang boleh digunakan khas di waktu tengah malam sahaja, atau di waktu burung hantu berjaga. Bagi Xpax, Internet Burung Hantu boleh digunakan di antara jam 1 pagi sehingga 7 pagi.

Jika anda pelanggan baru, pek permulaan Xpax Turbo boleh dibeli berharga RM10. Di dalamnya ia tersedia kredit RM6, internet berkelajuan tinggi 200MB yang sah selama 7 hari, 500MB internet asas setiap bulan, 333MB Internet Burung Hantu harian serta kadar panggilan 24sen/minit dan 12sen SMS ke semua talian.

Pelancaran Xpax Turbo - pek mula prabayar terbaik

Pelan Internet di Xpax Turbo turut diberi nafas baru. Pelan harian RM5 yang sah selama 3 hari, memberikan 200MB internet laju dan 100MB internet khas untuk Facebook. Manakala pelan mingguan RM10 yang sah untuk 7 hari, memberi 600MB data berkelajuan tinggi, 600MB data untuk Facebook dan 300MB data untuk Youtube.

Pelan bulanan pula datang dalam 3 jenis. Dengan RM30 sebulan pengguna menerima 2GB internet berkelajuan tinggi, 1GB Facebook dan 1GB Youtube. Langganan pelan RM50 pula memberi sejumlah 5GB internet pantas, 2GB Facebook dan 2GB Youtube.

Pelancaran Xpax Turbo - kada pelan internet

Jika masih tak cukup, pelan bulanan RM80 membolehkan pengguna menikmati 9GB internet pantas, 3GB Facebook dan 3GB Youtube. Semua pelan internet Xpax Turbo ini boleh menikmati penstriman lagu Yonder Music Premium secara percuma.

Pek prabayar Xpax Turbo kini boleh dibeli di 10,000 pengedar di seluruh negara. Atau dapatkannya dalam talian di 11street, dan anda layak menambah nilai dengan diskaun 10% selama setahun.

Jika anda pengguna Xpax sedia ada dan mahu berhijrah ke pelan Xpax Turbo ini, hanya gunakan SMS dengan menaip MIG XPAX dan hantar ke 28882. Caj RM2 dikenakan untuk menukar pelan.

Untuk mendapatkan lebih info dan jawapan kepada persoalan yang terbuku di minda, layari lamanweb www.xpax.com.my.

Comments

  1. Dddd

    Ish2….. Xbest la mcm ni… Apsl pulak IBH terhard 333mb satu hari…. Adoiiyaaa… Apa ni celcom… Menyesal pulak rasa upgrade ke xpax turbo… X boleh ke nk tukar ke magic sim semula????

  2. Mahsuri

    Saya pakai simkad Celcom 1Malaysia dan Celcom Magic Sim. Pelan khas 1M dgn MS dah tak ada pun. Panggilan percuma dah tukar kepada RM1 sehari untuk setiap no. Burung hantu pun dah jadi RM7 seminggu. Then pelan internet RM30 untuk 5gb, RM50 untuk 10gb (tak pasti yg ni ada pecahan hujung minggu atau tak). Makin bangang celcom. Dulu saya decide nak stay celcom sebab ada burung hantu dan panggilan percuma je. Now, goodbye CELCOM! Hello DIGI!!

    • Yep betol tu.. Mmg la no kelentong… Tp kikis duit pengguna smpai mcm tu skali… Dr rm10 sbln trus jd rm7 SEMINGGU ntuk IBH… Kepala bana betol no kelentong ni.. Baik xpayah ada je no kelentong…

  3. Yusma

    Setan pnya plan terbo niii…
    Aku plan magic sim tiba2 dah uprd ke plan terbo niiii…yg skit hati ye dh limit 333mb sehari je..ni bukan burung hantu dah..
    aku dah la kali kaki movie….tgk xsampai suku jalan movie stakat 333mb tu.
    Nak tukar plan mgic dah x bolehhhhh…
    Setannnn pnya celcommm….

  4. VladDracula

    Menyesal ak pindah Turbo ni. IBH ada limit. Iklan pn fake. Internet 10gb konon. Tp 333Mb jer sehari dah tu x ble plus mcm magic sim Rm2 – 2GB, Rm5 – 10GB. This is not upgrade, THIS IS DOWNGRADE. smpi masa nnti celcom akan dilupakan. Muflis. Hihihihi

    • TheSkop

      Asalkan talian aktif, tak langgan internet pun boleh guna internet burung hantu ni. Tapi lepas 333mb habis, dia akan guna kuota langganan internet. Kalau tak langgan, masih boleh guna internet asas yang perlahan.

    • shogun

      plan data burung hantu x bole tmbah dah. skrng limit 333mb je seari. abis 333mb. data plan asal kena tolak. mnyesal ak tukar plan turbo ni

  5. Azim

    Klau nk dpt package internet burung hantu ini…klau langgan internet yg rm 10 boleh ke?lagi satu..internet burung hantu ni sehari terhad 333 mb ke?sampai sebulan?jadinya 10 gb lah?

    • TheSkop

      selagi mana talian aktif, maka boleh dapat internet burung hantu percuma setiap hari. Tak langgan internet pun takpe, janji talian aktif. Ya, kuota internet burung hantu ni sehari 333MB sahaja. Bila kali dengan 30 hari, itu yang jadi 10GB.

Trackbacks

  1. […] Tetapi tawaran prabayar dari syarikat lain tidak kurang hebat jua. Contohnya Xpax Turbo, memberikan internet burung hantu 10GB percuma sebulan, tetapi hanya boleh digunakan 333MB sehari dari jam 1 pagi hingga 7 pagi sahaja. Dengan […]

Apa komen anda?