Hadiah bernilai RM500 untuk pembeli honor 8

Share Button

Telefon pintar kelas utama terbaru dari Honor, bakal dilancarkan di Malaysia esok, 6 September 2016. Lebih menarik, jualan Honor 8 akan dibuka pada 8 September 2016, dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM500.

Honor Malaysia mengumumkan tidak akan membuka tempahan, sebaliknya akan terus menjual Honor 8 dua hari selepas dilancarkan, iaitu pada 8 September 2016. Peminat boleh mendapatkan Honor 8 menerusi laman Vmall Malaysia, Lazada Malaysia serta di kedai DirectD.

honor 8 - 4 warna depan belakang

Honor Malaysia turut menyatakan, akan terdapat dua variasi Honor 8 akan dijual di Malaysia. Pembeli versi standard Honor 8 akan menerima Powerbank Honor, Selfie Stick Honor dan Casing Honor semuanya bernilai RM300. Manakala pembeli versi premium akan menerima jam Honor Band SS dan juga Casing Honor, semuanya bernilai RM500.

Bagaimanapun, hadiah percuma ini terhad kepada 300 pembeli sahaja. 100 hadiah untuk pembeli di Vmall, 100 lagi di Lazada dan 100 lagi di kedai DirectD. Jadi, jangan terlambat untuk mendapatkan hadiah percuma ketika membeli honor 8 pada hari Khamis ini, 8 September 2016.

hadiah percuma 100 pembeli awal honor 8

Honor 8 merupakan jelmaan telefon pintar Huawei P9. Ia menampilkan gabungan lensa monokrom dan warna 12MP di belakang, tetapi tanpa cap Leica. Badannya menampilkan rupa kaca premium di belakang, hasil potongan berlian 2.5D.

Honor 8 memiliki skrin HD Penuh 5.2-inci, dibekalkan bersama bateri 3,000mAh dan pengecas pantas menerusi sambungan USB-C. Ia menjalankan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow, diselaputi antaramuka EMUI 4.1.

honor 8 biru - dalam tangan depan 2

Model standard Honor 8 akan datang dengan 4GB RAM dan 32GB storan, dengan harga jualan dijangkakan RM1,599. Manakala model premium Honor 8 pula mempunyai 4GB RAM dan 64GB RAM, dan mungkin dijual pada harga RM1,899.

Harga muktamad kedua-dua model ini, hanya akan diketahui pada hari pelancarannya esok, 6 Septemebr 2016. Nantikan pengumumannya kelak, dilaporkan secara langsung oleh TheSkop.

Apa komen anda?