Fnatic Dota 2 membariskan ahli dan penaja baru

Share Button

Pasukan Dota 2 Fnatic, yang kebanyakan ahlinya berasal dari Malaysia telahpun memenangi tempat ke-4 dalam pertandingan The International 2016 (Ti6). Mereka membawa pulang USD1.45juta (~RM5.93) hasil wang kemenangan tersebut.

Terkini, Fnatic mengumumkan barisan ahli baru iaitu Nicco “Eyyou” Barcelon, Jimmy “DeMon” Ho dan Marc Polo “Raven” Luis Fausto yang berasal dari pasukan TNC. Mereka menggantikan tempat Yeik “midOne” Nai Zheng, Djardel “DJ” Mampusti dan juga Adam “343” Shah. Pasukan baru ini akan bersama ahli sedia ada iaitu kapten Chai “Mushi” Yee Fung dan Khoo “Ohaiyo” Chong Xin.

Pasukan baru Fnatic Dota 2 ditaja Astro eGG Network - MushiJersi Fnatic bersama logo eGG di lengan

Selain itu, Fnatic turut mengumumkan penaja terbaru mereka eGG Network, iaitu saluran eSukan 24/7 pertama di Asia Tenggara di bawah stesen penyiaran Astro. Ini merupakan salah satu komitmen yang diperlihatkan Astro untuk mengembangkan lagi industri eSukan.

Dengan tajaan ini, logo eGG akan kelihatan di lengan jersi pasukan Dota 2 Fnatic. Pasukan yang baru ini akan memperlihatkan kerjasama mereka dalam Liga Mineski Pro-Gaming (MGPL), yang akan berlangsung di Selangor Cyber Games 2016, dari 9-11 September 2016.

[SUMBER]

Apa komen anda?