Derma pen dan pensel ke Acer untuk bantu pelajar kurang bernasib baik

Share Button

Acer Malaysia kini menjalankan kempen mengumpulkan pen dan pensel untuk didermakan kepada pelajar yang kurang bernasib baik. Orang ramai yang menderma pen dan pensel ini, turut berpeluang untuk membawa pulang laptop Acer 2-dalam-1 dengan sistem penyejukan cecair, Switch Alpha 12.

Sepanjang bulan ini sehingga 30 September 2016, orang ramai boleh membawa pen dan pensel yang masih boleh digunakan, ke kotak derma yang ditempatkan di beberapa lokasi. Kemudian, ia akan didermakan kepada pelajar yang kurang bernasib baik di seluruh dunia.

acer-alpha-switch-12-model-sisi

Sebagai ganjaran, orang ramai yang menderma ini akan berpeluang memenangi laptop Acer Switch Alpha 12, yang memiliki skrin 12-inci beresolusi tinggi 2160×1440 serta Acer Active Pen. Acer Malaysia berharap untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya 10,000 pen dan pensel sepanjang kempen ini.

Pada masa yang sama, Acer kini mengadakan pameran khas di beberapa wakil penjual Acer di seluruh Malaysia. Pengunjung yang membeli produk yang dikuasakan Windows 10 dan CPU Intel Core-i generasi ke-6, berpeluang untuk mendapatkan baucer penginapan di hotel selama 3 hari 2 malam, bernilai RM800. Rujuk jadual jelajah pameran di sini.

acer-aspire-s13-lean-mean-machine

Di samping itu, Acer turut menjalankan peraduan harian yang dinamakan #13HourOutfitChallenge. Sehingga 25 September 2016, orang ramai boleh menangkap gambar mereka dan berkongsi di Facebook dan Instagram dari jam 10 pagi sehingga 11 malam, dan berpeluang memenangi hadiah harian berupa baucer Uniqlo bernilai RM150, dan baucer Acer bernilai RM300. Lebih baik lagi, 3 pemenang harian berpeluang untuk memenangi laptop ACer yang sangat nipis, Aspire S13.

Lebih menarik lagi, satu pemenang bertuah akan dipilih dari peserta #13HourOutfitChallenge untuk sesi penggambaran khas bersama majalah fesyen terkemuka. Maklumat lanjut tentang peraduan ini boleh dirujuk di laman #13HourOutfitChallenge.

hadiah-utama-acer-13houroutfitchallenge-aspire-s13

Apa komen anda?