CFM Ingin Licinkan Proses Aduan Pengguna Terhadap Telko Dengan Aplikasi Mudah Alih

Share Button

Pada awal tahun ini, Forum Komunikasi dan Multimedia (CFM) dibawah kelolaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melancarkan aplikasi telefon pintar, MY Mobile Rights. Aplikasi itu bertujuan untuk memudahkan orang ramai membuat aduan berkaitan telko mereka atau lain-lain masalah berkaitan perkhidmatan telekomunikasi.

160929-mdec-my-mobile-rights

Langkah itu bertujuan untuk terus mengukuhkan hak pengguna dan memudahkan pihak CFM menguruskan aduan pengguna. Misalnya pada tahun 2015, lebih 97% aduan berjaya diselesaikan dan baki 3% berjaya diselesaikan dalam suku pertama 2016.

Pada mesyuarat agung kali ke-16 CFM baru-baru ini, antara kata sepakat yang dicapai adalah:

  • Meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyelesaian aduan
  • Menetapkan masa penyelesaian kepada 30 hari bagi 95% aduan yang diterima
  • Meningkatkan kesedaran pengguna terhadap kewujudan saluran aduan CFM

Langkah itu amat dialu-alukan kerana menurut laporan CFM sendiri, setakat hari ini, kurang daripada 12 peratus aduan yang diterima CFM datang daripada aplikasi mudah alih sedangkan ia adalah saluran yang paling mudah. Sebaliknya, lebih 24 peratus aduan datang daripada email.

160929-mdec-laporan

Pengguna perlu mengetahui memang terdapat pihak khusus yang ditugaskan untuk mengendalikan. Selain daripada mengadu kepada pihak yang berkenaan secara terus, pengguna boleh menggunakan CFM sekiranya pihak tersebut tidak melayani aduan anda.

CFM juga ada menerbitkan kategori aduan yang mereka terima dalam tahun 2016 setakat hari ini. Paling banyak aduan yang mereka proses adalah berkaitan pengebilan dan yang kedua adalah tentang kualiti perkhitmatan.

160929-mdec-kategori-laporan

Selain aplikasi telefon mudah alih, mereka juga mengguna pakai Whatsapp untuk mengumpul aduan! Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman rasmi CFM atau muat turun MY Mobile Rights untuk Android.

Trackbacks

  1. […] kesabaran yang tinggi kerana kadang kala ia melibatkan satu proses yang menjerihkan. Tahukah anda, aduan ke CFM kini boleh dbuat terus melalui telefon […]

Apa komen anda?