Celcom dan Maxis sedia terima pendaftaran minat iPhone 7

Share Button

Selepas pengumuman dari U Mobile dan Digi, dua lagi gergasi telekomunikasi Malaysia turut mengumumkan kesediaan menjual iPhone 7 di Malaysia. Celcom dan Maxis menyatakan, iPhone 7 akan mula dijual pada 14 Oktober 2016.

Dalam kenyataan mereka, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus akan boleh mula ditempah bermula pada hari Jumaat, 7 Oktober 2016. Pengguna yang berminat dengan Celcom, boleh mendaftar minat di lamanweb www.bluecube.com.my. Manakala Maxis pula di www.maxis.com.my.

Tetapi Celcom menambah, tawaran mereka akan turut memberi lebih nilai kepada pengguna iPad. Mungkin Celcom akan menawarkan sim tambahan khas buat pengguna iPad.

antaramuka-ios10-di-iphone-7-lima-warna

Tahun lepas, Maxis membuat penghantaran ekspress tengah malam, kepada tempahan awal iPhone 6s. Maxis memberi jaminan menghantar semua tempahan dalam masa 24 jam, ke mana-mana destinasi pilihan pembeli.

Celcom pula, menggunakan cara tradisional. Buat tempahan awal di BlueCube, kemudian datang sendiri mengambilnya pada hari pertama jualan.

Buat masa ini, masih tiada harga rasmi iPhone 7 dan 7 Plus yang dipamerkan. Tetapi dari sumber yang dipercayai, harga jualannya kelak dijangka seperti berikut:

iPhone 7 32GB – RM3,199
iPhone 7 128GB – RM3,699
iPhone 7 256GB – RM4,199

 

iPhone 7 Plus 32GB – RM3,799
iPhone 7 Plus 128GB – RM4,299
iPhone 7 Plus 256GB – RM4,799

iphone-7-plus-belakang-depan-warna-warni-lima-warna

iPhone 7 dan iPhone 7 Plus yang baru, menampilkan sistem kamera yang lebih canggih, jangka hayat bateri yang terbaik, dan perlindungan daripada air dan juga debu. Lima jenis warna ditawarkan untuk iPhone 7 dan 7 Plus iaitu Emas Ros, Emas, Kelabu, Hitam dan Hitam Jet.

Sudahkah anda bersedia? Ingat dua tarikh ini, 7 Oktober untuk membuat tempahan dan 14 Oktober hari pertama jualan. Nantikan pengumuman lanjut dari syarikat telekomunikasi tentang harga, dan kontrak pelan mereka.

Apa komen anda?